dua hari lepas berita kematian anak saudaraku sangat menyentuh perasaanku. dia baru melepasi usia 35tahun, meninggalkan 3 orang cahaya mata dan suami dan ibu tua(kakakku}. kematiannya sungguh menyayat hati mengahadapi berbagai komplikasi penyakit yang sangat complex. kakakku telah memaklumkan bahawa ani(Anisah nama sebenarnya) kurang sihat sejak puasa lagi dengan demam yang pasang surut, sembuh kemudian temperature naik pulak.
pada hari terakhir doktor mengesahkan beliau menghidapi paru2 berair, hipetiesis,asma,tekanan darah rendah, jantung dan pwtangnya menjalani haemodailisis, puncak segala komplexity.
Allahu maghfirlaha wa arhamha...
SE-emoga rohnya bersemadi bersama2 para mukminin dan solehin.
Sunday, November 30, 2008
Friday, November 28, 2008
DIHARGAI
Quote dari pelanggan cookies yang antar sms "cookies oats in saya makan time jam balik keje tinggal separuh dah.... sdp betul", saya pun jawab "Alhamdulillah"
Hari ni Jumaat, cuaca mendung dan hujan renyai2, suhu memang menyenangkan tak payah switch on air cond. tapi cuaca ni memang melaparkan, selongkar dalam peti ais yang ada biskut, doh biskut berpuluh2 telur dan brownies. tengok dalam freezer - butter, buttercup black pepper sauce - semua bahan berniaga. ada ayam, udang semua keras air batu....
last turun bawah kedai runcit dekat, beli roti makan dengan peanut butter....
alhamdulillah kenyang.
Wednesday, November 26, 2008
PERSOALAN KAHWIN LARI TANPA WALI
Persoalan ini baru sahaja terlintas, dan teringat akan kuliah yang aku hadiri tentang pernikahan seorang anak dara tanpa wali.
untuk mendapatkan pernikahan berwalikan hakim, wali pengantin perempuan mestilah di jejak sehingga dapat dan sekiranya diluar mukim hendaklah diberitahu dan hantar perutusan tentang perkahwinan anaknya.
persoalannya sekarang, wali pula Islam, sehat walafiat, bapa, (cukup syarat sebagai seorang wali) bermukim dirumahnya di Kota Bharu selama hayatnya, anak pula berhijrah keluar mukim untuk bekerja, tiba2 bernikah dengan pasangan pilihannya di Narathiwat tanpa pengetahuan bapanya?????
wali adalah syarat sah nikah!!!!

BISKUT GAJUS
hari ini aku menyebukkan diri membuat cookies tempahan kawan anakku. tak banyak tapi dapat menghilngkan bosan yang teramat. lagipun kesian kat dia kerana pada Ramadan lepas dia ada bertanya cookies yang makcik ni buat. tapi bila dah elaborate panjang lebar dia tak confirm, jadi makcik ni pun diam je, nak tanya banyak takut dia rasa terdesak dan terpaksa membuat tempahan.
tapi bila hari raya seminggu lagi menjelang dia bertanya "bila boleh amik cookies", la mak cik tak buatlah..., sebab makcik buat cookies atas tempahan sahaja pas tu dia tanya pulak "tiga hari lagi boleh amik" sorrylah nak.. mak cik dah tutup kedai cookies, masa tu pulak memang tengah haru dengan tempahan brownies dan kek. kesian dia.
itulah ceritanya...
so hari ni mak cik ni buatkanlah 2 jenis cookies: Biskut Gajus dan Mocha crunchy cookies dan tambah satu lagi lebihan cookies yang ditempah minggu lepas iaitu choc chip cookies. harap2 cookies ni menepati citarasanya....
Saturday, November 22, 2008
PAU GORENG
petang ini aku telah berjanji dengan Zahid untuk ke sekolahnya bersama sepasang seliper dan makanan. Bab hilang selipar ini memang sama saja walau di asrama mana juga. padahal seliper yang ditinggal pelajar lain banyak, tapi nak juga mak dia hantar selipar dia sendiri.
satu balang cookies telah siap, lebih tempahan famous amos choc chip, hanya tinggal untuk buat kuih basah. cadang nya nak buat pau inti kacang. tapi tengok dulu bahan2nya cukup ke tidak. maybe buat pau goreng????

DARI PERMATANG PAUH
Rombongan dari Muslimat kawasan Permatang Pauh telah memilih Kota Bharu untuk progam cuti sekolah berjalan sambil belajar. Tugas kami pula meraikan mereka dengan makan tengahari dan dan taklimat gerakkerja di kawasan kami. dan pada sebelah malamnya mereka diraikan di JKR10 untuk makan malam dan taklimat perkembangan kerajaan negeri Kelantan selama 18 tahun memerintah.
Friday, November 21, 2008
GLYCERIN TRINITRATE 0.5MG
Selepas beraktiviti selama tiga hari berturut2, tanpa rehat di siang hari, rasa di dada kurang enak, kebetulan pagi selasa ada appointment dengan pakar fisio lalu ku cari no telefon usains untuk menetapkan appointment dengan pakar cardio. petang itu juga dapat appoinment. selepas di periksa aku meminta ubat yang boleh menghilangkan rasa sakit di dada dan di beri ubat glycerin trinitrate 0.5mg, dan appointment dalam 6 minggu lagi.search dalam internet didapati seperti berikut:
“GTN; NITROGLYCERINE”
1) Therapeutic drug action & mechanism(pharmacology)
• Relaxes all vascular smooth muscle, especially venous beds
[arterioles & precapillary sphincters are dilated less than other portions of the vascular tree]
• Higher dosages may be associated with arteriolar dilation
• Primary direct effect is a marked relaxation of large veins with increased venous capacitance and reduced ventricular preload
• Heart size & PVR are reduced in CCF
• May directly increase coronary blood flow
• Arteriolar dilatation reduces afterload, venous dilatation reduces preload [high PA, CVP & PAW pressures are reduced] thereby reducing MVO2; increased coronary blood flow increases O2 delivery to myocardium
malam tu ku ambil sebutir letak bawah lidah, sambil menunggu ubat cair aku terlena, sedar je, hilang rasa sakit dada yang mencengkam. dalam hati terdetik juga kenapa dari dulu lagi aku tidak terfikir untuk meminta ubat ini dari pharmacy.
tapi mana boleh kan.....

Monday, November 17, 2008
KEMATIAN DAN KENDURI KESYUKURAN
Hari ini ku menghdiri dua majlis yang berbeza; majlis pengkebumian isteri sahabatku yang meninggal dunia akibat kanser payudara pada sebelah pagi, dan majlis kenduri kesyukuran niat seorang ibu atas kemenangan Islam pada sebelah tengahari. tetapi diantara dua majlis itu aku telah ke rumah harapan putera di pengkalan chepa, untuk menghantar borang kemasukan seorang anak yatim, dan selepas majlis kesyukuran kami ke Kubur Maras membeli sambal daging untuk dipadankan dengan ketupat yang telah aku tempah minggu lepas.
Alamak.... balik ke rumah teringat pula tempahan 2 loyang brownies sahabatku....
Badan terasa letihhh sesangat, berdebar pula rasanya. aku rehat sebentar selepas solat Asar, lakukan kerja yang ringan2 siapkan barng2 yang diperlukan....
lepas maghrib lalu terus saja mengadun brownies... dan akhirnya Alhamdulillah siap untuk diserahkan esok...

Sunday, November 16, 2008
ke Mekah
hari ini juga penuh dengan aktiviti2. pagi lagi telah membancuh seloyang brownies, tempahan sahabat ku yang akan menunaikan fardu hajinya yang pertama.
sempat membasuh tangga rumah dan bertolak ke Bachok pada jam 12.15 tengahari.
setibanya aku tak tahan, terus mencapai pinggan untuk makan tengahari. memang telah ku simpan perut ni, hanya memakan sebiji epal pagi tadi, kerana aku tahu masakan di rumahnya memang sedap, walaupun lauk biasa - ayam percik, singgang daging acar ada sayur pucuk ubi masak lemak. aku tidak berani mencedok sayur pucuk ubi, tapi daging singgang memang tak tahan ku kaut juga, memang sedapppp, nanti dia kembali dari Mekah memang nak suruh dia masak. ayam perciknya jangan tanya... memang dah famous di kalangan kami semua.
tak boleh lama dirumahnya kerana ada taklimat pembentangan deraf bandaraya Kotabharu untuk 2020 pada jam 2.30petang. sampai di sana pusing 3 round tak jumpa ruang parking, keluar sebentar kerana hajar nak pergi tengok rumahnya di KTC. kami naik ke tingkat 14, turun tingkat 10, memang tak siap lagi, rasanya awal tahun depan juga baru siap.
kembali semula ke MPKB dan akhirnya mendapat ruang parking lalu masuk ke Dewan tepat jam 3.15petang. tak sampai 5 minit duduk, pengarah pun selesai memberi taklimat, hanya tinggal sessi soal jawab. tak banyak yang menarik hanya menunggu untuk selesai sessi soal jawab, dan pulang kerumah.

Saturday, November 15, 2008
CHOC CHIPS COOKIES

resipi ku perolehi dari Allrecipe 3 tahun yang lepas, memang sedap dan ada iras rasa macam fresh choc chips cookies yang dijual di shopping compleks kat KL.
1 CUP WHITE SUGAR
1 CUP PACK LIGHT BROWN SUGAR
1 CUP BUTTER
1 CUP VEGE OIL
4 CUPS AP FLOUR
1 EGG
1 TBSP MILK
1 TSP EACH SALT, COT, BAKING SODA & VANILLA
1/2 CUP CHOPPED WALNUT - SAYA TUKAR KPD ALMOND NIBS
2 CUPS SEMISWEET CHOC CHIP
CREAM SUGAR, BUTTER,OIL, MILK, VANILLA & EGG,
ADD IN DRY INGREDIENTS, NUTS AND CHOC CHIPS. drops by tsp.
walla.... memang ada rasa macam choc chip.... padahal bahan2nya biasa je
NOTE: mula2 adunan nampak macam cair sangat lalu tambah 2 cawan oats, berderai sikit sebab bancuh pagi petang baru bentuk...biasalah.... buat keje ikut mood. tapi rasa memang sedap.. dan bagus untuk kesihatan kot???? sebab ada serat and loaded with nuts and choc chips.
gambar background tu tempahan dari kawan untuk makan saja2..
Doa Qunut
semalam aku menghadiri Usrah DUN, dan naqib telah menyebut lagi tentang ajaran baru yang berleluasa mengatakan solat subuh tanpa doa qunut. padahal telah jelas dalam hadis Muslim....
aku tidak berani komen apa2, kerana terdapat ramai orang2 awam, dikuatiri akan menyemarakkan lagi kebingungan mereka.
di bawah ini adalah assignment yang telah aku sediakan untuk subjek Fiq Ibadah Perbandingan ijazah degree fiqh dan Hukum Perbandingan Mazhab.
MINAH BINTI BERNAWI.
Fiqh Ibadah Perbandingan.
24/11/05
BACAAN QUNUT DALAM SOLAT
Bacaan qunut dalam solat adalah sunat. Cuma para fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan solat yang manakah sunat dibaca qunut tersebut:
Ulama’ Hanbali dan Hanafi mengatakan, “Qunut sunat dibaca dalam sembahyang Witir. Menurut Ulama’ Hanafi pula ia dilakukan sebelum ruku’. Sementara itu ulama’ Hanbali pula mengatakan, bacaan qunut hendaklah dilakukan sesudahnya. Qunut tidak boleh dibaca dalam sembahyang yang lain.
Khilaf Tentang Qunut Dalam Shalat Witir
Bacan qunut disyariatkan dalam semua salat witir berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Ash-habun Sunan dan lain-lainna dari hadith Hasan bin Ali r.a katanya:
Yang bermaksud: “Rasulullah saw mengajarkan doa-doa untuk saya baca dalam witir iaitu (Ya Allah berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang engkau telah beri petunjuk. Selamatkan aku dalam golongan orang-orang yang engkau pelihara. Berilah berkah dalam segala sesuatu yangengkau telah berikan. Hindarkanlah diriku dari segala bahaya yang telah engkau tetapkan. Sesungguhnya engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan. Sesungguhnya tidak jadi hina orang yang engkau telah lindungi, dan tidak jadi mulia orang yang kau musuhi. Engkau wahai tuhan adaalah maha mulia serta maha Tinggi. Dan semoga Allah tetap memberikan rahmat atas nabi Muhammad”.
Turmidzi berkata: “ini adalah hadith hasan. Bahkan tiada sesuatu keterangan pun tentang qunut dari Nabi saw yang lebih baik dari hadith ini.”
Hukum qunut diwaktu shalat witir selama bulan Ramadhan memang menjadi titik perbezaan di kalangan ulama. Sebagian mengatakan bahwa hal itu sebahagian dari sunnah dan sebagian lainnya tidak mengatakannya sunnah. Perbezaan pendapat itu dihasilkan dari perbezaan dalil yang dipakai oleh pihak masing-masing.
1. Al-Hanafiyah
Mazhab Al-Hanafiyah mengatakan tidak harus qunut pada solat subuh, dan qunut itu hanya pada shalat witir saja. Bahkan Imam Abu Hanifah ra. sendiri mengatakan bahwa qunut dalam shalat witir itu hukumnya wajib. Mereka mengatakan bahwa qunut pada shalat witir itu dilakukan sebelum ruku'. Dalil yang digunakan adalah hadits riwayat Umar, Ali, Ibnu Ma'ud, Ibnu abbas dan Ubay bin Ka'ab yang mengatakan bahawa qunut Rasulullah SAW itu sebelum ruku'.
Bentuknya menurut mazhab ini adalah bertakbir setelah selesai membaca ayat, mengangkat tangan seperti saat takbiratul ihram kemudian meletakkan di bawah pusatnya lalu mulai membaca doa qunut dan setelah itu barulah melakukan ruku'. Menurut mazhab ini tidak disunnatkan qunut selain dalam salat witir, kecuali qunut nazilah dalam salat jahriyah.
Mengikut pendapat Imam Abu Hanifah sendiri, hukumnya adalah wajib. Sementara itu, dua sahabatnya pula berpendapat, bacaannya ada sunat.
2. Al-Malikiyah
Al-Malikiyah tidak menganggap sunnah untuk berqunut pada shalat witir. Sebaliknya mereka menyunatkan qunut pada shalat shubuh dan letaknya sebelum ruku' dan boleh juga selepasnya, tetapi bacaan sebelun ruku’ adalah lebih afdal. Dan bentuknya menurut mazhab ini hendaknya secara sirr (tidak dibaca dengan kuat).
3. Asy-Syafi'iyyah
Asy-Syafi`iyyah menyatakan sunat untuk berqunut pada rakaat terakhir sembahyang witir selama separuh kedua dalam bulan Ramadhan pada malam enam belas Ramadhan dan seterusnya; dan di rakaat kedua pada sembahyang subuh, dan juga ketika i’ktidal di rakaat yang akhir pada mana-mana sembahyang yang dibaca Qunut Nazilah. Dan letaknya sesudah ruku'. Dalilnya adalah hadith Rasulullah SAW:
"Dari Ubay bin Kaab bahwa Rasulullah SAW berqunut pada s separuh kedua bulan Ramadhan pada shalat tarawih" (HR Abu Daud dan Al-Baihaqi).
Imam Ahmad dan lainnya meriwayatkan daripada Anas r.a katanya:
“Rasulullah saw sentiasa membaca qunut pada sembahyang subuh sehingga Baginda meninggal dunia.”
Al-Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas r.a:
Dia telah ditanya adakah nabi membaca qunut pada solat subuh? Jawabnya ya dan selepas sedikit daripada ruku’.
Al Imam Al Bukhari juga telah meriwayatkan hadith ini dalam bab Witir.
4. Al-Hanabilah
Al-Hanabilah mengatakan bahwa qunut pada shalat witir itu dilakukan sesudah ruku'. Dalilnya adalah hadits Ibnu Mas'ud r.a.
Dari Ibnu Mas'ud ra. bahwa Nabi SAW berqunut sesudah ruku." (HR Muslim).
Juga dari Az-Zuhri dari Sa'id dan Abi Salamah dari Abi Hurairah dari Nabi SAW dan dari Anas bahwa Nabi SAW berqunut sesudah ruku'.
DALIL NABI TIDAK MELAKUKAN QUNUT TERUS MENERUS
Dari Anas bin Malik bahwa Nabi saw biasanya tidak melakukan qunut kecuali apabila mendo'akan kebaikan bagi suatu kaum atau mendo'akan kecelakaan atas satu kaum. Diriwayatkan oleh Al Khathib di dalam kitabnya dari jalan Muhammad bin Abdullah Al Anshari (yang berkata): Sa'id bin Abi 'Arubah telah menceritakan kepada kami dari Qatadah dari Anas bin Malik.
Banyak para ulama yang berpendapat tidak disyari'atkannya qunut subuh terus menerus (sebagaimana dilakukan oleh kebanyakan orang), di antaranya:
1. Abu Malik Al Asyja'i, beliau berkata: Aku bertanya kepada bapakku, Wahai bapakku, sesungguhnya engkau telah shalat dibelakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali di sana, di Kuffah sekitar lima tahun. Apakah mereka semua melakukan qunut fajar? Bapakku menjawab, Hai anakku, itu perkara baru. (HSR. Ahmad, Tirmidzi, Nasa-i, Ibnu Majah, Thahawi, Ibnu Abi Syaibah, Thayalisi dan Al Baihaqi dari beberapa jalan dari Abu Malik).
2. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata: Oleh karena inilah tatkala Ibnu Umar ditanya tentang qunut (subuh) terus menerus, beliau menjawab, Kami tidak pernah mendengar dan tidak pernah melihat. (Majmu' Fatawa XXIII/101).
3. Ishaq Al Harbi berkata: Saya mendengar Abu Tsaur bertanya kepada Abu Abdillah Ahmad bin Hambal, Bagaimana pendapat anda tentang qunut di waktu subuh? Abu Abdillah menjawab, Qunut itu hanyalah di waktu nawazil. (Ash Shalat wa Hukmu Tarikiha: 216 dinukil dari Al Qaulul Mubin:131).
Imam dan Makmum Berbeza Dalam Masalah Qunut
Sedangkan yang berkaitan dengan perbedaan pandangan antara imam dan makmum dimana salah satunya melakukan qunut dan yang lainnya tidak, maka jalan keluarnya adalah:
a. Bila imam qunut dan makmum tidak, maka ketika imam membaca qunut, makmum boleh diam saja tanpa mengamini atau mengangkat tangan.
b. Bila seorang imam lebih condong kepada tidak qunut, namun dia tahu bahwa ada diantara para makmum yang berpandangan bahwa qunut itu sunnah, maka dia memberikan kesempatan pada makmumnya untuk qunut dengan cara berdiam sebentar sekadar waktu yang diperlukankan makmum untuk qunut. Ini bila anda kedua belah pihak berkeras pada pendapatnya masing-masing.
Sedangkan bila salah satu atau kedua tidak berkeras atas pandangannya, maka boleh saja seseorang melakukan qunut atau meninggalkannya bersama imam. Hal ini lazim dilakukan oleh para ulama dan demikian juga umat Islam umumnya.
Sedangkan masalah perbezaan pendapat ini memang sudah lumrah. Tidak mungkin kita membuat keputusan bahwa qunut harus dikerjakan atau ditinggalkan secara total. Karena masing-masing punya hujjah/dalil yang kuat berdasarkan pada riwayat dari Rasulullah SAW
Wallahu a'lam.
BAHAN RUJUKAN:-
1. Wahbah al Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam, DBP, Kuala Lumpur, jilid 1, cet. 3, 1997
2. Al imam An Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Dar El Marefah, Beirut, lebanon, Juz’ 5, cet 7, 1999M, 1420H.
3. Mohd Idris Abd Raof Al Marbawi Al Zahari, Bahr Al Mazi, Dar Al Fikr, jilid 3, juz’ 2, tt.
4. Ibn Rushdi, Bidayat Al Mujtahid, jilid 2 , Dar Al Kotob al-Ilmiah, Beirut – Lebanon, 1996M- 1416H.
5. Dr. Mustofa Al-Kihn, Dr Mustofa Al Bugho & Ali Asy- Syarbaji, Kitab Fikih Mazhab Syafei, Pustaka Salam Sdn Berhad, jilid 1, cet 1 1998
6. Sayyid Sabiq, Fiqh Al Sunnah, PT Al Ma’arif, Bandung, jilid 2, cet 3, 1982.

DAIJ dan program khitan

pagi ini sempat aku mengilingi kawasan rumakku selama 30min.... sahaja, untuk menjaga kesihatan, sebentar lagi kena bersiap untuk menghadiri taklimat program DIAJ (Diploma in Administrative Islamic Judiciary) dan selepas tu juga terus ke Dewan badminton MPKB, untuk sama2 meraikan Majlis berkhitan untuk anak2 yang berada dikawasan Kota Bharu.
Taklimat untuk kelas Diploma pentadbiran dan kehakiman Islam di adakan di KIAS, dan mengambil masa hingga Zohor, cuma yang aku fikirkan sekarang ialah yurannya yang telah melambung naik ke RM8000 dari RM5400 untuk group yang pertama, lebihkurang RM2700 satu semester. akan ku usahakan, tidak rugi menuntut Ilmu Allah.
aku hanya sampai di Dewan Jubli Emas MPKB selepas menunaikan solat zohor. program berjalan lancar, dan Alhamdulillah tiada peristiwa yang mencemaskan berlaku. sempat makan tengahari bersama AJK lain, dan selepas tu berinteraksi, perkara yang sebelum ini memang jarang-jarang dilakukan kerana kesibukan masing2.
program selesai jam 6.30ptg
akan ku update ptg ini berita seterusnya...
Friday, November 14, 2008
Fried Rice Noodle
Alhamdulillah, today I managed to do a few things tat I've put off the last few months. I cleared my cabinet, filed my documents, car registration cards, insurance covers, house purchase agreement and my bankbooks.
Don't be fooled with the balance in my bank books, because there many possibilities nowadays to make withdrawal. my favourite transaction nowadays is internet transfer, only very seldom I use my bankcard to withdraw.
I managed to cook a simple dish - fried rice noodle which is my favourite (my very own fried rice noodle) and my granddaughter's favourite too.
fried rice noodle
500gm rice noodle
1 chicken breast -cubed
300gm prawn - deveined
1/4 small cabbage shredded
50gm kucai
blended:
10 dried chilles soak in hot water
2 fresh chillies
2 onions cubed
5 pips garlic
1/4 cup tomato sauce
3 pips garlic - mashed
salt & sugar to taste
direction:
fried the prawn skin in 2 tbsp of oil, put 2 cups water and let simmer 10 mins
take out. keep the stock and discard the skin.
fried the mashed garlic until aromatic, put in the blended ingredients, chichen cubed, prawns and prawn stock, pun the rice noodle kucai and cabbage. cook until the rice softened. taste the salt and sugar.
walla the best fried meehon ever.....
nothing unusual but maybe the prawn stock make the difference....

Thursday, November 13, 2008
Apple & cinnamon slice
ini adalah recipe yang telah di test anak dara ku di sydney. recipe diambil dari allrecipe http://www.taste.com.au/recipes/14033/apple%20cinnamon%20slice.
Ingredients (serves 8)
* 340g pkt golden buttercake mix
* 1 cup (90g) desiccated coconut
* 125g butter, melted
* 400g can apple pieces
* 300g sour cream
* 1 tsp cinnamon sugar
Method
1. Preheat the oven to 180°C. Grease a 20cm square cake pan. Line base and the two opposite sides with baking paper, extending the paper 5cm over edge of pan.
2. Combine cake mix, coconut and butter in a medium bowl. Press mixture evenly over base of prepared pan. Cook for 15 mins, or until lightly browned. Cool slightly.
3. Spread apple evenly over base, then spread sour cream evenly over apple and sprinkle with cinnamon sugar. Cook for further 20 mins, or until sour cream has set.
4. Cool in pan. Cut the slice into fingers to serve.

lepas pantang
hari ini telah 12 hari aku di bolehkan pulang ke rumah selepas bermalam 3 malamdi hospital. juga telah mengambil attitude slow and steady untuk memulihkan kesihatanku sepenuhnya. juga telah pun memulakan "morning walk" sejak beberapa hari kebelakangan ini, but then too sebab sekarang ini musim hujan, kadangkala boleh dan kadangkala terpaksa disingkatkan duration yang dahlah singkat (30min) kepada beberapa minit sahaja. tetapi sekurang2nya aku mencuba....
itu sahaja untuk hari ini...
itu sahaja untuk hari ini...
Subscribe to:
Comments (Atom)