Sunday, October 17, 2010

HARAP MAAF

assalamualaikum,
alhamdulillah hari yang ceria, setelah dua hari rasa moyok je tak tau sebabnya. qilah, jupa dan alia datang pun rasa mengantuk je....

hari ni masak nasi lemak....

lusa akan memulakan perjalanan ke tanah suci makkah. mendapat sms dari tabung haji, waktu lapur diri ialah jam 4.05 ptg, tetapi dinasihatkan berada 2 jam lebih awal untuk mengelakkan perkara2 yang tidak diingini berlaku.

insyaAllah kami akan bertolak paling lewat jam 9.30pagi, dan dijangka sampai kuala terengganu jam 12.30 tengahari.

boleh jadi ini entry terakhir sebelum bertolak, dan berjumpa kembali selepas 9hb Disember 2010, insyaAllah. minta ampun, minta maaf kepada semua dan doakan kami yang pergi selamat, sehat dan mendapat haji yang mabrur.

"Ya Allah jadikan haji ini haji yang mabrur, dosa yang diampun dan usaha yang dipuji, amalan salih yang diterima dan perniagaan yang tidak rugi".

Tuesday, October 12, 2010

PERISAPAN AKHIR KE MAKKAH

Tepat seminggu lagi, akan berangkatlah kami ke Madinah dan seterusnya ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji. persiapan dalam proses, beg besar dah pun penuh dengan muatan, baju, medication, toiletries, pakaian dalaman dan sedikit bekalan.

sebiji bantal dan sleeping bag mengambil 1/4 ruang di dalam bagasi. bantal kecil memang wajib bagi setiap perjalanan yang memerlukan perjalan bas yang jauh. sleeping bag atau toto kecil juga dibawa ke setiap destinasi yang memerlukan bermalam ditempat yang tidak disediakan keperluan asas. bukan hendak memanjakan diri, tetapi mengenangkan diri yang telah menjangkau lebih separuh abad, kekurangan tidur akan menyebabkan groggy, tension, sakit kepala; memang tau kelemahan diri ini, biarlah berat sikit dan kurang bekalan lain, asalkan tidur kita lena walaupun sekejap dan dalam keadaan tidak selesa. moga dipermudahkan Allah segala urusan kami di sana, amiin.

bekalan makanan tak banyak, sebab bab makan ni tak cerewet sangat, apa2 pun boleh asal mengenyangkan. selagi roti boleh didapati, telur, cheese dan butter.... boleh hidup insyaAllah. dengarnya KFC pun ada di sana, dan masakan indonesia pun ada - macam di kota bharu je. lagi pun Tabung haji menyediakan makan tengahari dan malam.

hanya bekalan ubat sahaja yang wajib cukup untuk bekalan 51hari selama disana. tiada maaf bagimu sekiranya terlupa/tak cukup, kerana bekalan ubat ini khusus untuk penyakit yang dihidap.

"Ya Allah, permudahkan segala urusan/pekerjaan kami dan janganlah disusahkan, Ya Allah sempurnakanlah sebaik-baiknya dengan rahmatMu wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang".

Saturday, October 2, 2010

KT 38

akhirnya jadual penerbangan yang ditunggu2 telah pun diterima dan kami bertiga bersiap sedia untuk memulakan perjalanan menziarahi Baituallah dan menjalankan ibadat haji pada tahun ini 1431H/2010M

ini adalah jadual kedua selepas kami menolak jadual pertama. pada jadual pertama kami diminta melapur diri di Kelana Jaya. pilihan kami adalah kuala terengganu kerana ia lebih dekat dan tidak perlu turun naik kapalterbang. pada usua emas ini, hassle ini sepatutnya tidak perlu dilalui lagi.... pening dan tension

kami diminta melapur diri pada 19hb oktober jam 3.30 petang, dan balik dan sampai di kuala Terengganu pada 9hb Disember.

persediaan????...
insyaAllah sedang dalam persiapan, meminimise sebaik mungkin, hanya yang perlu sahaja tetapi memandangkan 51 hari disana banyak juga yang perlu dibawa terutamanya bekalan perubatan dan food supplement. yang lain tu ala kadar je, sebab katanya disana pun ada dijual.

doakan kami mendapat haji yang mabrur.

"tidak ada balasan bagi haji yang mabrur(diterima) melainkan syurga" riwayat Albukhari dan Muslim" -

Wednesday, September 29, 2010

UJIAN ATAU MUSIBAH

Akhir2 ini kerap sangat ditimpa musibah.... bukan mengeluh cuma menghisab diri sendiri, apakah ini ujian yang akan menghapuskan dosa-dosa untuk diri ini bersedia sepenuhnya untuk menjadi tetamu Allah yang istemewa di musim haji ini?



"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" Surah al-syarh:5



ayat inilah memujuk hati untuk bersabar.



Rasulullah bersabda yang bermaksud apabila Allah reda kepada hambanya maka akan diujinya. sekiranya reda akan ujian itu maka Allah juga reda, tetapi sekira sebaliknya terimalah murka Allah.





"Setiap bencana yang menimpa dibumi dan menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam luh mahfuz sebelum kami mewujudkannya". Surah al-hadid:22


wallahu a'alam




Thursday, September 23, 2010

TART SEKUNDANG







TART SEKUNDANG









KOKO OATS









Hari ini baru kesempatan untuk memuatkan resipi cookies raya yang sangat cerewet tetapi sedap iaitu Tart sekundang. Banyak juga dapat tempahan hingga melimpah selepas raya. baru sahaja habis menyiapkan 26 bekas semalam untuk hari keluarga sebuah pejabat kerajaan.


Biskut koko oats tu baru je dibuat selepas raya. Resipi ehsan dari seorang sahabat yang sama2 ada masalah saraf (jumpa di hospital)hehe..... memang marvellous.. ada rasa lemak, dibuat menggunakan pure butter dan ditambah dengan sedikit minyak sapi untuk yang menjadikan ada kelainan rasa yang unik.


ini resipi untuk tart sekundang


260gm butter

100gm castor sugar

40gm susu tepung

2 egg yolks

380 gm tp gandum


jem nenas untuk inti

kuning telur untuk disapu

jelly tip untuk hiasan

ada beberapa proses sebelum terjadinya sebiji tart sekundang.
  1. menggentel jem
  2. mengadun doh
  3. menimbang doh (agar sama besar)
  4. letak jem dalam doh
  5. melorek doh
  6. sapu kuning telur
  7. hias dengan jelly tip
  8. bakar
  9. bubuh dalam papercup dan pek dalam bekas,

tetapi memang berbaloi, sebab sedap. tak payah lorek pun tak apa kalau nak makan sendiri, tapi kurang comel.....

sesiapa nak resipi koko oats tu tunggulah bila ada mood, atau kalau nak cepat email sahaja.

wallahu 'alam











Friday, September 17, 2010

TAWARAN HAJI

Dua hari yang lepas telah mendapat jadual penerbangan haji iaitu ke Madinah dahulu yang akan bertolak dari Kelana Jaya pada 12hb. Oktober dan balik sampai di KLIA pada 28hb. November 2010 iaitu selama 47 hari.

Perancangan awal kami bertolak ialah dari Kuala Terengganu kerana kalau boleh tidak mahu melibatkan perjalanan ke Kuala Lumpur langsung untuk mengurangkan hassle dan tension, dari itu sekarang sedang menunggu jawapan permohonan untuk ditukar ke Kuala Terengganu.

sekarang baru rasa panik memandangkan haribulan yang tak sampai sebulan ni. persiapan apa pun belum buat lagi. cuma passport dan kad kesihatan haji yang sudah selesai. baju-baju entah mana-mana lagi, tidak pasti yang mana hendak dibawa. apa yang patut dibawa, senarai tu memang sudah ada, tetapi macam tidak lengkap je. ini baru persiapan lahiriah.

"Berbekallah kamu! sesungguhnya sebaik-baik bekalan itulah taqwa. Takutlah azabKu hai orang-orang yang berakal." Al-Baqarah ayat 197

Allah menyuruh tiap-tiap seseorang untuk bersedia dengan perbekalan agar tidak terlantar hidupnya dengan sebab kurang makanan, pakaian dan perbelanjaan dan tidak memberatkan dan menyusahkan orang lain

persiapan rohani macam mana pulak???
buku praktikal ibadat haji dibuka pada muka surat 1, sampai muka surat 5 tutup pula, pergi sana gi sini; sentuh sana sentuh sini, akhirnya setakat tu sahaja. tak boleh jadi ni!!!

kalau boleh pergi tu sekurang-kurangnya kaifiat rukun dan wajib haji ada dihujung jari, do'a2 pendek telah pun hafal dan do'a panjang lancar dibaca.

perbekalan rohani ialah ketaatan, kebaktian dan taqwa kepada Allah

walaubagaimanapun sekiranya permohonan untuk bertolak dari K.Terengganu tidak kesampaian kami reda sahaja. moga dipermudahkan segala urusan kami

Doakan kami selamat dan mendapat haji mabrur.

Monday, September 13, 2010

AFTER RAMADAN? bagaimana?

assalamualaikum, selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Alhamdulillah, sebulan Ramadan telah berlalu, dan mengharapkan semua amalan yang tidak seberapa diterima Allah 100%. hari ini telah pun syawal keempat, dan di rumah sunyi sepi bersama zahid dan semua tempahan brownies telah selesai untuk hari raya. so nak buat apa sekarang?


pagi tadi terbaca artikel di beliefnet muslim tentang "avoiding post ramadan letdown". di antara cadangan-cadangan yang diutarakan adalah:

  1. keep up the good habits practised in ramadan - untuk mendapat markah penuh puasa ramadan segala amalan buruk seperti mengumpat, menyumpah dan segala amalan keji sangat2 dijaga, kenapa tidak diteruskan amalan ini sepanjang tahun dan buangkan segala amalan itu.
  2. continue to fast throughout the year - selain puasa sebulan ramadan, banyak lagi puasa-puasa sunat yang di galakkan seperti puasa enam hari di bulan syawal, puasa isnin dan khamis, puasa di hari arafah dan puasa tiga sebulan di hari-hari putih 11, 12 dan 13 setiap bulan hijrah
  3. continue the nightly qiyam prayers - teruskan solat malam menggantikan solat terawih di bulan ramadan
  4. don't forget about charity - amalan di bulan ramadan di gandakan ganjarannya, tetapi jangan sampai di bulan lain langsung tidak bersedekah...
  5. I have'nt seen you since last Ramadan - amalan berbuka puasa bersama-sama keluarga dan sahabat handai hendak diteruskan walaupun bukan di bulan Ramadan sahaja untuk meneruskan hubungan silaturrahim

ini adalah peringatan untuk diri sendiri, sekira tak mampu melakukan semuanya, diharapkan dapan melakukan sebahagian darinya.

wallahu 'alam