Friday, September 17, 2010

TAWARAN HAJI

Dua hari yang lepas telah mendapat jadual penerbangan haji iaitu ke Madinah dahulu yang akan bertolak dari Kelana Jaya pada 12hb. Oktober dan balik sampai di KLIA pada 28hb. November 2010 iaitu selama 47 hari.

Perancangan awal kami bertolak ialah dari Kuala Terengganu kerana kalau boleh tidak mahu melibatkan perjalanan ke Kuala Lumpur langsung untuk mengurangkan hassle dan tension, dari itu sekarang sedang menunggu jawapan permohonan untuk ditukar ke Kuala Terengganu.

sekarang baru rasa panik memandangkan haribulan yang tak sampai sebulan ni. persiapan apa pun belum buat lagi. cuma passport dan kad kesihatan haji yang sudah selesai. baju-baju entah mana-mana lagi, tidak pasti yang mana hendak dibawa. apa yang patut dibawa, senarai tu memang sudah ada, tetapi macam tidak lengkap je. ini baru persiapan lahiriah.

"Berbekallah kamu! sesungguhnya sebaik-baik bekalan itulah taqwa. Takutlah azabKu hai orang-orang yang berakal." Al-Baqarah ayat 197

Allah menyuruh tiap-tiap seseorang untuk bersedia dengan perbekalan agar tidak terlantar hidupnya dengan sebab kurang makanan, pakaian dan perbelanjaan dan tidak memberatkan dan menyusahkan orang lain

persiapan rohani macam mana pulak???
buku praktikal ibadat haji dibuka pada muka surat 1, sampai muka surat 5 tutup pula, pergi sana gi sini; sentuh sana sentuh sini, akhirnya setakat tu sahaja. tak boleh jadi ni!!!

kalau boleh pergi tu sekurang-kurangnya kaifiat rukun dan wajib haji ada dihujung jari, do'a2 pendek telah pun hafal dan do'a panjang lancar dibaca.

perbekalan rohani ialah ketaatan, kebaktian dan taqwa kepada Allah

walaubagaimanapun sekiranya permohonan untuk bertolak dari K.Terengganu tidak kesampaian kami reda sahaja. moga dipermudahkan segala urusan kami

Doakan kami selamat dan mendapat haji mabrur.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah!
selamat pergi dan kembali
selamat beribadat...:)

mbernawi said...

terima kasih,ameen....