Alhamdulillah, sebulan Ramadan telah berlalu, dan mengharapkan semua amalan yang tidak seberapa diterima Allah 100%. hari ini telah pun syawal keempat, dan di rumah sunyi sepi bersama zahid dan semua tempahan brownies telah selesai untuk hari raya. so nak buat apa sekarang?
pagi tadi terbaca artikel di beliefnet muslim tentang "avoiding post ramadan letdown". di antara cadangan-cadangan yang diutarakan adalah:
- keep up the good habits practised in ramadan - untuk mendapat markah penuh puasa ramadan segala amalan buruk seperti mengumpat, menyumpah dan segala amalan keji sangat2 dijaga, kenapa tidak diteruskan amalan ini sepanjang tahun dan buangkan segala amalan itu.
- continue to fast throughout the year - selain puasa sebulan ramadan, banyak lagi puasa-puasa sunat yang di galakkan seperti puasa enam hari di bulan syawal, puasa isnin dan khamis, puasa di hari arafah dan puasa tiga sebulan di hari-hari putih 11, 12 dan 13 setiap bulan hijrah
- continue the nightly qiyam prayers - teruskan solat malam menggantikan solat terawih di bulan ramadan
- don't forget about charity - amalan di bulan ramadan di gandakan ganjarannya, tetapi jangan sampai di bulan lain langsung tidak bersedekah...
- I have'nt seen you since last Ramadan - amalan berbuka puasa bersama-sama keluarga dan sahabat handai hendak diteruskan walaupun bukan di bulan Ramadan sahaja untuk meneruskan hubungan silaturrahim
ini adalah peringatan untuk diri sendiri, sekira tak mampu melakukan semuanya, diharapkan dapan melakukan sebahagian darinya.
wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment