Tepat seminggu lagi, akan berangkatlah kami ke Madinah dan seterusnya ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji. persiapan dalam proses, beg besar dah pun penuh dengan muatan, baju, medication, toiletries, pakaian dalaman dan sedikit bekalan.
sebiji bantal dan sleeping bag mengambil 1/4 ruang di dalam bagasi. bantal kecil memang wajib bagi setiap perjalanan yang memerlukan perjalan bas yang jauh. sleeping bag atau toto kecil juga dibawa ke setiap destinasi yang memerlukan bermalam ditempat yang tidak disediakan keperluan asas. bukan hendak memanjakan diri, tetapi mengenangkan diri yang telah menjangkau lebih separuh abad, kekurangan tidur akan menyebabkan groggy, tension, sakit kepala; memang tau kelemahan diri ini, biarlah berat sikit dan kurang bekalan lain, asalkan tidur kita lena walaupun sekejap dan dalam keadaan tidak selesa. moga dipermudahkan Allah segala urusan kami di sana, amiin.
bekalan makanan tak banyak, sebab bab makan ni tak cerewet sangat, apa2 pun boleh asal mengenyangkan. selagi roti boleh didapati, telur, cheese dan butter.... boleh hidup insyaAllah. dengarnya KFC pun ada di sana, dan masakan indonesia pun ada - macam di kota bharu je. lagi pun Tabung haji menyediakan makan tengahari dan malam.
hanya bekalan ubat sahaja yang wajib cukup untuk bekalan 51hari selama disana. tiada maaf bagimu sekiranya terlupa/tak cukup, kerana bekalan ubat ini khusus untuk penyakit yang dihidap.
"Ya Allah, permudahkan segala urusan/pekerjaan kami dan janganlah disusahkan, Ya Allah sempurnakanlah sebaik-baiknya dengan rahmatMu wahai Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang".
No comments:
Post a Comment