Thursday, January 20, 2011

SURAH AT-TAUBAH AYAT 24

Firman Allah SWT, Surah At-Taubah,9 :24

yang bermaksud: Katakanlah, "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kamu kerugian, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai- lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya; maka tunggulahlah sampai Allah memberikan keputusanNya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang fasik.

Ayat 24 ini memang telah disarankan oleh naqibah usrah untuk diamalkan, dibaca dan dihayati setiap pagi bersama dengan al-ma'thurah, untuk memantapkan aqidah, mengutamakan perintah Allah dan sunnah RasulNya serta jihad di jalan Allah, melebihi kecintaan kepada anak isteri/suami dan keluarga serta harta benda.
ayat di atas di sambung lagi dengan ayat berikutnya, iaitu ayat 25, yang mengatakan bantuan dan kemenangan dari Allah terhadap hambaNya diutamakan kepada qualiti keimanan, rapat hubungannya dengan Allah dan amalan2 lain mereka, bukan quantity bilangan yang seperti buih di lautan.
Dan ingatlah janji Allah adalah benar.

No comments: