Saturday, January 15, 2011

MENEKO BUKAN MENCAWAN

dua hari lepas telah menghadirkan diri ke tamrin perdana, di mana pengisiannya utamanya ialah
  • tahaluf siasi dan
  • peranan naqibat

kedua2 tajuk memang hebat dan disampaikan oleh ustaz yang hebat.

sesiapa yang ingin mendapat kertas kerja di atas bolehlah email

disini bukan hendak membincangkan kedua tajuk tersebut, tetapi ingin berkongsi harapan yang disampaikan oleh salah seorang peserta dalam slot ucapan penangguhan......

"katanya selama ini kita hanya menghadirkan diri di semua program samada usrah, tamrin, mukhayyam, ucapan dasar, kursus, seminar dan ceramah kelompok atau ceramah perdana- menerima segala ilmu - maknanya menadah ilmu seperti cawan menadah air dari teko.

sampai bilakah kita berperanan sebagai cawan sahaja???? sesekali cubalah berperanan sebagai teko, menuangkan ilmu kepada sesiapa jua.

diri ini memang ingin juga berperanan sebagai teko, menyampaikan ilmu. tetapi cara yang nampak hanya berperanan sebagai seorang ustazah mengajar di surau2 atau menjadi naqibat di usrah muslimat...

lepas itu terpikir juga yang kita sudah juga meneko sedikit2:

  • menjawab soalan2 dari individu2
  • menulis di blog ini
  • menasihati keluarga dan sahabat2 yang bermasalah

"sampaikan walaupun satu ayat"

No comments: