Saturday, January 29, 2011

PAU KACANG


PAU LAGIII.....
hari ini mengadun lagi 500gm tepung untuk pau kacang. tiga hari lepas sudah pun mengadun 500gm tepung hongkong untuk pau kacang juga, tetapi hasilnya memang tidak puas hati, boleh jadi tepung yang digunakan sudah usang tetapi belum melebihi tarikh luputnya, atau masa memeramnya tidak cukup tempohnya. jadilah pau itu yang berwarna kekuningan, berat dan kurang kelembutannya. lagipun memang lama dah tak buat pau ni, maka sebab itulah dia meragam.

pau hari ini memang lembut, ringan dan putih sikit. hari ini menggunakan tepung pau sahaja yang harganya kurang dari separuh dari harga tepung hongkong. juga dalam pembuatannya ada kelainan sikit daripada biasa, biasanya menggunakan yeast segera, tetapi hari ini menggunakan ibu roti kering, yang tersalah beli di Mekah. ingatkan yeast segera, bila diamati betul2 rupanya yeast kering. nampak sangat buta hurufnya......

bahan2nya:

500 gm tepung pau
75 gm gula
1 tsp baking powder
1 tsp double action baking powder
2 tsp ibu roti
20 gm shortening
300 gm air suam
1/2 tsp garam
1.2 tsp bread softener (ini pandai2 tambah sendiri)
300 gm inti kacang
caranya:
1. larutkan ibu roti dengan sebahagian dari 300gm air di atas, tabur sedikit tepung diatasnya dan biarkan berbuih
2. masukkan bahan lain kedalam mangkuk pengadun lalu masukkan campuran ibu rito dan uli dalam 10 minit, kelajuan sederhana, atau sehingga nampak licin dan lembut.
3. keluarkan dari mangkuk dan bahagikan kepada 30 biji pau kecil atau timbang 30 gm.
4. masukkan 1 tsp inti kacang dan tutup dan dilapik dengan kertas minyak.
5. bila habis semua, perapkan hingga naik, LEBIHKURANG 30 MINIT
6. kukus dalam air mendidih selama 15minit.

wallahu alam




No comments: