Pertama: Ke Rantau panjang dan singgah di Duty Free shop, saja nak melihat barangan corelle, corning dan pinggan mangkok jenama lain. lihat saja tak beli pun. ini memang tempat orang perempun minat singgah, walaupun tidak sebanyak pilihan di Langkawi, tetapi harganya setanding tetapi tiadalah free gift yang menarik yang ditawarkan seperti di langkawi.
Kedua: terus menyebrang ke Sg. Golok dan bermalam di sana untuk menikmati dinner di salah sebuat stall Muslim yang ala2 bangkok. makanannya ok juga, tetapi nampak perniagaan agak merosot sedikit memandangkan tidak banyak pelbagaian bahan2 mentah2 yang di pamerkan di depan gerainya.
udang goreng petai
kangkong goreng belacan
ikan goreng pedas
lala goreng tomyam
hasrat di hati memang hendak singgah sahaja, tetapi melalut hingga selepas zohor dan makan tengahari...
di samping itu sempat juga menolongnya di dapur untuk memasak lala goreng
Caranya:
1/2 kg lala dibersihkan lalu dimasukkan kedalam kuali panas tanpa minyak dan masak hingga keluar juice lala tu.
masukkan 2 batang serai yang dihiris menyerong,
hirisan carrot,
hirisan 2 biji tomato
hirisan bawang besar
2 biji cili hidup, ditetak lalu dipotong kasar
masukkan daun bawang dipotong 1"
dan yang istemewanya masukkan 2 sudu meja penumis Tom yam.
garam dan gula secukup rasa.
bila menghidang taburkan hirisan daun ketumbar....
hmmm nikmatnya bagi sesiapa yang minat lala...
penumis tom yam yang digunakan adalah homemadetapi ada yang readymade. cuma tau2lah je lah antara yang ready made dan homemade ...
next episode boleh minta resipinya sebab semasa dirumahnya tidak teringat pun kerana sibuk dengan bercerita, bertengkar dan berbincang maklumlah dah lama tak jumpa; lagipun dia ada menerima tempahan pada hari esoknya untuk memasak untuk nasi berlauk ikan aya, nasi lemak istemewa dan nasi beriani untuk makan tengahari. hebatkan.
moga C.Pah berjaya, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.
No comments:
Post a Comment