Wednesday, December 15, 2010

SOLAT MENGHORMATI WAKTU


Semasa kembali dari menunaikan haji baru-baru ini, saya meminta pengesahan dari ustazah yang bertugas, kenapa kena solat menghormati waktu, padahal kita telah pun diajar mengambil wudu’ dengan menggunakan seminima air ke atas anggota-anggota yang wajib sahaja. Setahu saya, saya telah pun mengamalkan solat dalam pesawat dalam waktunya dan tidak pernah mengamalkan solat menghormati waktu, kerana saya telah diajar tiada terma “qada” dalam solat.

Katanya, semasa kembali dari tanah suci, pesawat beredar dengan membelakangkan qiblat, melainkan katanya kita mampu mencari ruang untuk membelakangkan pesawat, yang mana ia tidak mungkin bagi kami melakukannya melainkan yang duduk dekat dipintu pesawat atau solat ditengah2 laluan yang mana akan mengganggu kerja2 peramugari kerana dalam penerbangan balik bukan saya seorang sahaja yang ingin bersolat, bahkan semua penumpang adalah haji2 dan hajjah2 yang baru sahaja selesai menyempurnakan ibadat haji.

Masalah kami ialah tidak mengadap kiblat, setiba di tanah air - bila Tanya sahabat2 yang sama2 menuntut, kami berbincang dan ayat berikut kami ambil, sekiranya tidak mampu mengadap ke kiblat, maka solat boleh didirikan dengan tidak mendadap qiblat.

¬!ur ä-̍ô±pRùQ$# Ü>̍øópRùQ$#ur 4 $yJuZ÷ƒr'sù (#q9uqè? §NsVsù çmô_ur «!$# 4 žcÎ) ©!$# ììźur ÒOŠÎ=tæ ÇÊÊÎÈ

Maksudnya: . dan Allah jualah Yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri

(ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah Yang diredhai Allah; Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui.

(Al-Baqarah:115)


Dan kaedah fiqh juga menyatakan : “ al-Dharuratu Tubihul Mahzurat keadaan darurat Itu mengharuskan dilakukan larangan-larangan.

Kewajipan mengadap ke arah qiblat


mengadap KAABAH di Masjidil Haram , Mekkah adalah di antara syarat sahnya sesebuah sembahyang . Akan tetapi apabila kita terhalang daripada mengadapnya secara langsung atau pun tidak secara langsung , ini bukan sebab untuk kita meninggalkan sembahyang yang wajib .

Islam memerintahkan kita mengadap qiblat ketika bersembahyang dan memerintahkan juga kita agar berusaha sedaya-upaya apabila mendirikan ibadat, dan adalah impossible untuk kita memerintahkan pilot untuk memusing balik arah penerbangan untuk mengadap kiblat yang mana ia akan mengakibatkan banyak masalah international dan sangat merbahaya kepada semua pihak. Ini dinamakan terhalang dengan itu ayat dan kaedah fiqh di atas boleh diambil untuk kita meneruskan ibadat solat kita.

Wallahu a’lam


No comments: