Tengahari tadi, kami diziarahi oleh sahabat2 semahram haji. tujuannya hendak menuntut ilmu menggunakan bread machine, dan selepas itu ke pengkalan chepa untus satu promosi produk kesihatan sakit urat saraf.
selesai habis membakar bun2, kami bertolak. sebelum itu sempat juga mempromosi susu kambing Higoat, tetapi mereka tidak berminat lagi menjadi ahli walaupun telah mengamalkan meminumnya.
nama produk tidak payahlah disebut, tetapi kalau dengar cerita memang menarik, sangat berkesan dan sangat menguntungkan dan mudah untuk naik pangkat. kalau sahabat2 tadi masuk jadi ahli, mungkin juga masuk, memang tidak pernah serik.
selesai dengar taklimat, mereka mempunyai alat untuk mengesan saluran darah, kepekatannya, dan boleh mendiagnose beberapa penyakit kronik.
bermula dengan sahabat pertama - katanya ada pening2, sakit lutut, saluran tersimpul dan sakit pinggang. overall darahnya tidak berapa bagus, padahal dia tidak pernah pening, cuma masalahnya sakit kaki bukan lutut.
sahabat kedua, darahnya elok sikit, ada yang bagus dan ada yang kurang bagus, padahal dia baru keluar dari hospital dengan pelbagai penyakit.
dan yang paling lucu bila alat itu memeriksa saya. wah.... dia kata bagus darahnya, halus linenya dan ada sedikit kepekatan sahaja, but so far this the best yang dia periksa, padahal sepatutnya admitted ke hospital semalam untuk menjalani angiogram, tetapi mengenangkan persiapan RM18,000, ditangguh dulu.
sempat pula sahabat yang pertama mencelah - dua orang ni minum susu kambing HiGoat
ini sebagai panduan....
boleh jadi mesinnya rosak....
doakan kami sentiasa sihat.... rohani dan jasmani.
insyaAllah
No comments:
Post a Comment