Monday, December 13, 2010

SELAMAT PULANG

Assalamualaikum,
Alhamdulillah selamat sampai dari tanah suci mekah jam 12.00 pagi jumaat, delay itinery selama 9 jam. kalau ikut jadual sepatutnya sampai jam 2.55 petang khamis.

sekarang dalam usaha untuk menyesuaikan diri 5 jam kebelakang. biasanya tiada masalah, tetapi kerana usia dah menjangkau, agak lambat sikit. pagi hari pertama bangun subuh gajah, tetapi boleh di maafkan kerana sampai rumah pun dah jam 3.30 pagi.

hari kedua taklah subuh gajah, tetapi lewat juga tidak seperti masa sebelum pergi ke tanah suci.

pagi tadi alhamdulillah dapat bangun awal, tetapi lepas subuh tertewas juga, sambung 1 jam lagi tidur.

insyaAllah pagi esok dapat bagun seperti biasa.....

diharapkan dapat meneruskan amalan2 yang dilakukan semasa di tanah suci, kalau tidak semua sekurang2nya sebahagian besarnya.

maaf tiada gambar yang diambil, biarlah ianya disimpan dalam kenangan sahaja.

No comments: