Sunday, July 19, 2009

TAULIAH PEGUAM SYARIE


Terlalu sibuk dua minggu kebalakangan ini. dengan assignments, Manik Urai dan case review dan macam-macam lagi alasan.

Alhamdulillah, terasa lega dan ringan di kepala dan di seluruh jiwa raga. Assignment Undang-undang Malaysia submitted, presentation untuk subjek undang-undang Islam dalam final stage, hanya tinggal sedikit touch up sahaja. ada beberapa lagi tests dan assignment untuk di hadapi, tapi insyaAllah boleh!!!!

dan yang paling lega sekali, ialah telah melepasi temuduga untuk tauliah pengamalan peguam syarie di Kelantan pagi tadi dan Alhamdulillah telah diterima oleh jabatan kehakiman syariah kelantan sebagai peguam syarie yang berlesen....... hu hu.....

dengan berolehnya lesen peguam syarie ini maka bermula satu episode lembaran hidup. Mana tidaknya!!!! Lesen untuk peguam syirie telah dibayar, maka kenalah praktis, terima kes.... buat search dan masuk mahkamah. macam tak percaya je..... boleh ke????

dengan sijil MCE/SC, ambil sijil syariah, diploma syariah, ijazah syariah dan sekarang Peguam Syari'e yang bertauliah... masyaAllah
InsyaAllah....

2 comments:

Anonymous said...

salam. kongsi la sikit apa yg ditanya msa temuduga tu.. ^^

mbernawi said...

w.salam, soalan berkisar atas pengalaman yang ada. banyak pengalaman sebagai pengamal undang, akan banyak soalan tentang itu, sekiranya masih dalam pembelajaran tiada masalah, jawab sahaja.... bila temuduga?