Dalam sibuk2 menyiapkan assignment, sempat juga menyelit membuat 3 jenis biskut raya untuk dijadikan sampel business Ramadan ini. Telah siap 3 jenis dan berhajat nak buat satu jenis lagi untuk mempelbagaikan bentuk.
sebenarnya bukan untuk sample sangat, tetapi untuk bekal Zahid dibawa balik ke asrama setelah cuti mid-semester seminggu. Dia tak de pun demand sangat, tetapi biasa pun kalau balik ke asrama memang ada oleh2 homemade. classmate dia memang dah expect kalau zahid balik rumah mesti ada jajan. Sama juga macam ati dulu-dulu.
biskut yang telah siap:
- almond london - sebiji roast badam disalut dengan doh dibakar lalu dicelup dengan coklat
- choc chip cookies - adunan oats, chocolate chips dan almind nibs diadun dengan pure butter: SCS atau Churn,memang melekakan.
- biskut ala ferro roche - adunan cornflake, serbuk badam dan perasa cofee, disalut dengan badam cincang dan disalut pula dengan chocolate.
niat tu nak buat untuk regular customer sahaja, insyaAllah untuk dapat duit poket lebih, bolehlah nanti belanja kasar sikit di lewat ramadan dan syawal.....
HARGA UNTUK;
Almond london 1 bekas RM18.00
choc chips 1 bekas RM Rm18.00
biskut Fero Roche RM 19.00
kalau ikut sample biskut almond delight terlalu besar, mungkin akan diresize sikit, harga tetap sama sebab jual ikut muat bekas bukan ikut biji.
No comments:
Post a Comment