Friday, July 10, 2009

BAKED CURRY PUFFS











Sudah lama mencari resipi baked curry puffs ini. Alhamdulillah trip ke Manik urai telah membuahkan resipi ini dengan secara teori dan praktikal: ini adalah resipi yang telah ditauliahkan kepada kami. terima kasih daun keladi. intinya dibuat sepenuh dari daging, atau boleh juga guna inti yang digemari,
yang saya dapat hanya resipi dohnya. Doh ini mengandungi 2 jenis iaitu untuk inti dan luar.
Doh untuk inti:
200 gm tepung gandum
100 gm shortening
15 ml minyak jagung.
digaul semuanya hingga bersatu. bulat2kan, saya timbang dalam 20gm.
doh luar:
300 gm tp gandum
80 gm butter/majerin
15 gm gula icing
65 ml air sejuk
gulkan semua hingga licin. ambil dalam 40 gm leperkan dan bubuh inti di dalamnya dan bulat2kan. buat hingga habis.
ambil satu adunan yang berinti, gelekkan di papan pencanai memanjang lalu gulungkan. gelek sekli lagi dan gulungkan. buat 2 kali sahaja. satu gulungan potong dua lalu di gelek seperti membuat karipap dan bubuh inti. tutup dan kelim dengan garpu sahaja. gunting keliling untuk kelihatan lebih kemas.
gambar diatas, bulatan warna putih adalah adunan shortening untuk inti dan yang warna kekuningan adalah doh yang sudah berinti.
resipi diatas menghasilkan kulit yang lembut, kalau makan seolah2 membelai lidah. sekiranya inginkan karipap yang lebih krispy rasanya kena tambah tepung lagi kepada kedua-dua doh itu. shape currypuff tu - minta maaf lah sebab pertama kali buat. tapi takkan rugi kalau mencubanya.
selamat mencuba.

No comments: