Friday, July 31, 2009

SPAGHETTI BOLOGNESE


Yes...., hari ini lunch spaghetti bolognese, ami kata ada orang rajin nak masak... kita pun dah 3 hari demam bersilih hari, sedapnyaaaaa dapat tukar selera.... dan ini juga makanan kesukaan Zupa dan Aqilah.....
inilah adalah versi kami, dan memang sedap setanding dengan di Pizza hut - ikut tekak kami....
Resipinya:-
2 paket spaghetti St Remo
2 tin besar sos prego original(made in Malaysia)
1 kg daging cincang
1 labu bawang besar - dadu
a labu bawang besar - mayang
1/2 tin tomato paste
2 btg karot
1/2 biji cauliflower
2 tsp origano
1 tin cendawan butang
air = 2tin sos prego
parutan parmesan cheese untuk sos dan juga hiasan

tumis bawang dadu, masukkan daging cincang, gaul hingga hingga masak. masukkan sos prego, kacau hingga sebati, masukkan air, carrot, cendawan dan masak hingga carrot lembut.

masukan tomato paste, cauliflower, parutan cheese dan serbuk origano.

Monday, July 27, 2009

SAYA DEMAM

Tiba2 sahaja thari tadi body temperature naik, sakit-sakit sendi........ so telan satu celebrax dan tidur 1/2 jam. rasa segar sikit, tapi sekarang sakitnya datang semula dan temperature pun naik pulak...


adoi nak buat macam mana????

BISKUT RAYA 2009 LAGI

BISKUT SUJI BADAM: adunan butter dan minyak sapi dengan tepung suji dan serbuk badam.
Harga sebekas RM18.00

BISKUT SNOW ALMOND: Adunan serbuk almond, nestum dan butter, disalut dengan chocolate dan ditabur dengan white bread crumbs. bekas cookies adalah seperti dalam gambar.
Harga sebekas RM19.00




semua adalah harga ambil dirumah. untuk hantaran dikenakan sedikit caj.




BISKUT BUNGA CINTA: adunan badam, gajus, tp kentang dihias dengan kepingan bentuk hati warnamerah
Harga sebekas RM18.00

Ini adalah tambahan biskut raya untuk jualan tahun ini. tambahan ini kerana periksa DAIJ ditunda hingga selepas raya......

SEMUA HARGA ADALAH UNTUK 1 BEKAS SEPERTI YANG TERTERA

adalah juga kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk.
insyaAllah.









Friday, July 24, 2009

MY BROTHERS AND SISTERS


ALMOND LONDON


berikut adalah versi almond london kami yang memang dibuat setiap tahun, permintaan memang sentiasa ada....


Resipinya:


250 gm butter


2 egg yolk


13o gm castor sugar


330 gm tepung gandum


50 gm tp jagung


1 tsp vanilla essence


badam whole roasted


semua dibancuh dijadikan doh yang lembut.




hiasan:


400 cooking chocolate


1 tbsp cocoa butter


kedua dimasak secara double boil


almond nibs - roasted


ambil doh, saya timbang dalam 4gm, dan bubuh sebiji almond dan bulatkan, samada bulat atau buju, tapi saya lebih suka bulat. bakar menggunakan 150C, dalam 11 minit. sejukkan.

celupkan dalam coklat cair dan hias dengan Almond nibs

BISKUT RAYA 2009

BISKUT ALA2 FERO ROCHE
























Dalam sibuk2 menyiapkan assignment, sempat juga menyelit membuat 3 jenis biskut raya untuk dijadikan sampel business Ramadan ini. Telah siap 3 jenis dan berhajat nak buat satu jenis lagi untuk mempelbagaikan bentuk.

sebenarnya bukan untuk sample sangat, tetapi untuk bekal Zahid dibawa balik ke asrama setelah cuti mid-semester seminggu. Dia tak de pun demand sangat, tetapi biasa pun kalau balik ke asrama memang ada oleh2 homemade. classmate dia memang dah expect kalau zahid balik rumah mesti ada jajan. Sama juga macam ati dulu-dulu.

biskut yang telah siap:

  1. almond london - sebiji roast badam disalut dengan doh dibakar lalu dicelup dengan coklat

  2. choc chip cookies - adunan oats, chocolate chips dan almind nibs diadun dengan pure butter: SCS atau Churn,memang melekakan.

  3. biskut ala ferro roche - adunan cornflake, serbuk badam dan perasa cofee, disalut dengan badam cincang dan disalut pula dengan chocolate.


niat tu nak buat untuk regular customer sahaja, insyaAllah untuk dapat duit poket lebih, bolehlah nanti belanja kasar sikit di lewat ramadan dan syawal.....


HARGA UNTUK;


Almond london 1 bekas RM18.00


choc chips 1 bekas RM Rm18.00

biskut Fero Roche RM 19.00


kalau ikut sample biskut almond delight terlalu besar, mungkin akan diresize sikit, harga tetap sama sebab jual ikut muat bekas bukan ikut biji.

Sunday, July 19, 2009

TAULIAH PEGUAM SYARIE


Terlalu sibuk dua minggu kebalakangan ini. dengan assignments, Manik Urai dan case review dan macam-macam lagi alasan.

Alhamdulillah, terasa lega dan ringan di kepala dan di seluruh jiwa raga. Assignment Undang-undang Malaysia submitted, presentation untuk subjek undang-undang Islam dalam final stage, hanya tinggal sedikit touch up sahaja. ada beberapa lagi tests dan assignment untuk di hadapi, tapi insyaAllah boleh!!!!

dan yang paling lega sekali, ialah telah melepasi temuduga untuk tauliah pengamalan peguam syarie di Kelantan pagi tadi dan Alhamdulillah telah diterima oleh jabatan kehakiman syariah kelantan sebagai peguam syarie yang berlesen....... hu hu.....

dengan berolehnya lesen peguam syarie ini maka bermula satu episode lembaran hidup. Mana tidaknya!!!! Lesen untuk peguam syirie telah dibayar, maka kenalah praktis, terima kes.... buat search dan masuk mahkamah. macam tak percaya je..... boleh ke????

dengan sijil MCE/SC, ambil sijil syariah, diploma syariah, ijazah syariah dan sekarang Peguam Syari'e yang bertauliah... masyaAllah
InsyaAllah....

Friday, July 10, 2009

BAKED CURRY PUFFS











Sudah lama mencari resipi baked curry puffs ini. Alhamdulillah trip ke Manik urai telah membuahkan resipi ini dengan secara teori dan praktikal: ini adalah resipi yang telah ditauliahkan kepada kami. terima kasih daun keladi. intinya dibuat sepenuh dari daging, atau boleh juga guna inti yang digemari,
yang saya dapat hanya resipi dohnya. Doh ini mengandungi 2 jenis iaitu untuk inti dan luar.
Doh untuk inti:
200 gm tepung gandum
100 gm shortening
15 ml minyak jagung.
digaul semuanya hingga bersatu. bulat2kan, saya timbang dalam 20gm.
doh luar:
300 gm tp gandum
80 gm butter/majerin
15 gm gula icing
65 ml air sejuk
gulkan semua hingga licin. ambil dalam 40 gm leperkan dan bubuh inti di dalamnya dan bulat2kan. buat hingga habis.
ambil satu adunan yang berinti, gelekkan di papan pencanai memanjang lalu gulungkan. gelek sekli lagi dan gulungkan. buat 2 kali sahaja. satu gulungan potong dua lalu di gelek seperti membuat karipap dan bubuh inti. tutup dan kelim dengan garpu sahaja. gunting keliling untuk kelihatan lebih kemas.
gambar diatas, bulatan warna putih adalah adunan shortening untuk inti dan yang warna kekuningan adalah doh yang sudah berinti.
resipi diatas menghasilkan kulit yang lembut, kalau makan seolah2 membelai lidah. sekiranya inginkan karipap yang lebih krispy rasanya kena tambah tepung lagi kepada kedua-dua doh itu. shape currypuff tu - minta maaf lah sebab pertama kali buat. tapi takkan rugi kalau mencubanya.
selamat mencuba.

Friday, July 3, 2009

JUST DO IT

sometimes terfikir juga kenapa at the this age baru nak mula profesion baru. it is not easy at all. why not just relax, enjoy life with the cucus, reading romantic or comedy novels, watch movies or just follow the crowd whereever and whatever.

nak dapat profesion baru, kena sambung belajar, buat assignment, belajar subjek baru yang di luar jangkauan and the fees is not cheap and I'm 58++, and i am not that confident, public speaking memang out, suka low peofile.... macam mana nak mengatasinya..

jantung kurang sehat, tangan dan kaki ada osteoarthritis(OA), penglihatan kurang dan banyak lagi excuses....

tetapi peluang masa ni baru ada, kenapa tidak sekarang????

  • kelayakan memenuhi syarat
  • rumah dekat dengan tempat kuliah
  • yuran boleh bayar ansur
  • alat pembelajaran ada.... computer & buku rujukan boleh cari
  • anak-anak sudah dewasa, kurang tanggungjawab
  • dapat kenalan baru
  • tak rugi belajar.... jalan-jalan yang ditempuhi menuju ke tempat belajar adalah jalan-jalan ke syurga.
  • dapat ilmu baru....
  • insyaAllah a new career.....

inilah yang difikir semasa struggle menghabiskan dua assignment. ...

Alhamdulillah ...