Sunday, June 28, 2009
MANIK URAI
alahai... memang nak pergi sangat pun,,, tapi... tuntutan kuliah tersangatlah membebankan, macam tak boleh menggerakkan sebelah kaki.....
undang-undang malayaia 2 assignment untuk disiapkan pada atau sebelum 18.07.09
undang-keluarga Islam, lapuran kes hantar 4hb. Julai
undang-undang Islam di Malaysia 1 assignment dan 1 untuk presentation 2 minggu lagi
ujian pengurusan harta pusaka 14.07.09
teks undang-undang 1 assignment hantar sebelum periksa
dia akan balik ke Kota Bharu 1hb julai dan pergi semula 5hb julai. so saya pun membalas sms: insyaAllah saya pergi 5hb bersamanya tetapi macam biasa kerja ringan hehe.
so manik urai..... 5hb here i come..................
kalaulah Dr Tee tau, mesti kena perli... huhu.... dua kali warded perdana hospital... kebetulan kedua-duanya musim pilihanraya, dan memang pun telah membuat persiapan untuk ke sana. Bukan apa dalam keadaan kesihatan sekarang ini, kalau boleh elakkan tension & stress. Terapi rasanya tension tidak seberapa rasanya, apatah lagi berkampung bersama-sama sahabat-sahabat. Cuma stress sahaja kalau ada. Tetapi memang sahabat semua telah maklum....
minggu ini akan berusaha untuk menghabiskan semua assignments insyaAllah; nanti semasa di Manik Urai bolehlah baca ringan-ringan sahaja sambil membantu serba sedikit kerja yang mampu dengan ilmu dan kudrat kita yang tak seberapa.
Allahu Akbar, Allahu akbar dan Allahu Akbar
hidup Islam.....
Thursday, June 25, 2009
PUASA SUNAT
terdetik pula dihati ini, bila pula 1 Rejab jadi puasa sunat. seingatnya semasa membuat assignment puasa-puasa sunat, 1 Rejab tidak termasuk dalam senarai. tetapi diamkan sahaja.
tiada masalah berpuasa sunat pada 1 rejab cuma jangan diniatkan berpuasa sunat 1 rejab kerana tiada nas yang sahih yang mengatakan Rasulullah saw memerintahkan berpuasa pada 1 Rejab, seolah-olah kita mengada-adakan ibadat tambahan dan itu adalah bidaah, amalan bidaah adalah sesat, dan melakukan perkara-perkara yang sesat tempatnya dineraka jahanam. Padahal banyak lagi hari-hari yang boleh dipuasakan.
HARI-HARI YANG DISUNATKAN ERPUASA:
- puasa satu hari dan berbuka satu hari
- berpuasa 3 hari tiap-tiap bulan, yang lebih afdal hari ke 13, 14 dan ke 15
- berpuasa pada hari isnin dan khamis bagi setiap minggu
- puasa enam hari di bulan syawal
- puasa hari arafah
- puasa lapan hari daripada bulan zulhijjah, sebelum hari arafah
- puasa Tasu' dan Asyura, iaitu hari kesembilan dan kesepuluh bulan muharam
Maksudnya: "sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun."
(Hadits riwayat Muslim)
Maksudnya: "Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang."
(Hadits riwayat Muslim)
Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah di samping berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Zulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Zulhijjah (Hari Arafah). Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan sama ada bagi orang yang mengerjakan haji atau tidak mengerjakan haji, bersama-sama dengan hari Arafah.
Sunday, June 21, 2009
FATHER'S DAY


Thursday, June 18, 2009
RESIPI BROWNIES
panaskan oven 155degrees C
lenserkan loyang 14"x14"
bahan-bahannya:
A.
250gm butter
400gm cooking chocolate,
di cairkan secara double boil. pada asalnya menggunakan bitter sweet choc sahaja, tetapi terasa pahit sikit.
B.
6biji telur AA
340 gm brown sugar
campurkan menggunakan mixer lowest speed
C
110 gm tepung superfine
50 gm serbuk koko
diayak
1tsp vanilla essence
1 tbsp chocolate emulco
caranya:-
masukkan vanilla dan chocolate emulco kedalam bancuhan telur, lalu masukkan chococolate + butter yang telah dicairkan sehingga sebati dan akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko.
terus tuangkan kedalam loyang dan terus dibakar selama 30minit.
ini ada petua sikit: adunan yang sudah dibancuh hendaklah terus dibakar jangan tunggu lama, nanti tak naik gebu, setakat 5-8 min tak pe lagi. dengan menggunakan oven Europa dan juga kipasnya.
kalau oven jenis lain kena adjust sendiri.
begitulah cara yang saya buat., dan Alhamdulillah nampaknya customer datang semula.
resipi asal ada ditambh nuts, chocolate ganache dan hiasan icing. tapi saya ikut jalan mudah, malas nak layan kerenah, jadi cuma satu jenis ini yang dibuat. lagipun ini hanyalah business sampingan. tetapi walaupun sampingan ia adalah yang terbaik dari saya tanpa frills.
cubalah kalau nak makan..... memang sedap, bahan pun senang. Tapi kala sudah tiada masa tempah.... saja tidak pening kepala, dapur tak messy dan tak perlu stock bahan mentah.
untuk tempahan sila email ke minah.bernawi@gmail.com.
harga sekotak untuk yang biasa(no nuts, ganache or icing) 8'' x 8" = RM40 tidak termasuk harga pos.
ada lebih kurang 108 ketul brownies ~1" x 1"
Terima kasih kepada yang mengolah resipi brownies yang asal....... moga dimurahkan rezeki lagi dan diberkatiNya.
Sunday, June 14, 2009
HEART SPASM
trip ke kuala lumpurini adalah untuk menghadiri perkahwinan Hartini. ceritanya akan disiarkan kemudian....
agak hectic juga, kerana sehari sebelum bertolak dari kota bharu, baharu saja di discaj dari hospital kerana sakit dada dan term sebenar doktor kata " spasm".
INI ADALAH PETIKAN DARI INTERNET:
The coronary arteries are the blood vessels that supply blood to the heart muscle. Sometimes one of them can go into spasm. This is also sometimes called a vasospasm . This can reduce or even stop the blood flow to a part of the heart.
Spasm can occur in a normal coronary artery or in one that's partly blocked by fatty buildups (atherosclerosis) Why spasms occur isn't clear.
What problems does it cause?
When a spasm occurs, the person can have chest pain or discomfort called angina pectoris. Spasms typically occur during rest rather than during exertion. If a spasm is severe, a heart attack is possible.
Calcium channel blockers are one class of drugs that may be used in people who have coronary artery spasm.
Memang dada terasa sakit dengan tiba-tiba je bila bangun pagi, tak de tanda-tanda stress atau tension sebelum tu, maklumlah duduk seorang diri, nak marah siap, dan tak de pula buat kerja yang memenatkan, melainkan kerja-kerja biasa - membaca, membaca dan membaca....
sebelum ini ada mengambil ubat jantung, tetapi dia menyebabkan pening kepala yang amat sangat. bila komplen kat doktor, dan badan pun dan rasa ringan, so di suggest stop ambil ubat tu, tak sampai satu bulan sakit dada pun datang pulak..... adussss
untuk sementara ini terpaksa mengambil ubat "imdur" 1/2 tablet bersama dengan 2 tablet panadol empat kali sehari, untuk mengelakkan berulangnya sakit dada dan mengelakkan pening kepala. di samping itu doktor berjanji mencari alternative drugs yang boleh mengurangkan pening kepala.
bertahan sajalah, doa dan istighfar banyak-banyak, moga disembuhkan sepenuhnya. Ameen....
Monday, June 8, 2009
EUMORA SPA BAR

SABUN ALL IN 1
Eumora Spa Facial Bar-1 box (4minibars)
The only health medicated facial bar, In 3mins, It make your skin organ Healthy, Younger, Firming, Lifting, Shinning.
Main ingredients of Eumora are: Moor + HmA+ Base
Firms, lifts & helps skin achieve natural glow Tightens, Closes up your facial pores & Reduce wrinkles
APAKAH EUMORA BAR
Menggantikan sabun, penjagaan kulit dan kosmetik.
hanya dengan menggunakan buihnya sahaja dan tahan sehingga 2 bulan untuk 1 bar.
sungguh menjimatkan.
Fungsi Emora bar
- membersihkan kelembepan pada kulit yang optimum
- bukan sekadar merawat, malah menyembuhkan punca masalah kulit. sesuai untuk semua peringkat umur
- meresap dengan mudah kedalam lapisan kulit, mengekalkan keseimbangan pH semulajadi kulit dan mempertingkat aliran darah ke kulit
KEBAIKAN MENGGUNAKAN EUMORA BAR
- mengecilkan liang pori
- menghilangkan bintik hitam dan bintik putih
- mengawal masalah jerawat dan kulit sensitive
- mengurangkan kesan parut pada kulit
- mengurangkan pigmentasi dan mengawal masalah jeragat
- mengurangkan garis-gais halus dan kedut pada wajah
- membantu mengawal masalah kulit, ekzima, selulit, kulat air, kurap panau, perut merekah akibat mengandung serta tapak kaki merekah
- kulit kelihatan lebih cerah dan sekata
dan banyak lagi!!!!!!
TETAPI YANG ISTIMEWANYA
EFFECTIVE WITHIN 3 MINUTES AND continues to heal until the next usage.......
SABUN SPA YANG bakal menggantikan sabun.....
penjagaan kulit dan semua alat-alat kosmetik anda!!!!!!
TIDAK PERLU memakai PENCUCI MUKA
TIDAK PERLU memakai TONER dan PELEMBAB
TIDAK PERLU memakai SUBLOCK....!!!!!
TIDAK PERLU DAY CREAM/NIGHT CREAM.....!!!!!
100% HERBA SEMULAJADI (HAMPIR700 JENIS)
TIDAK PERLU menjalankan rawatan SPA di Pusat rawatan SPA.....!!!!!
Berkesan kepada semua jenis kulit....!!!!
berkesan kepada semua peringkat umur.....!!!!!
HARGA RUNCIT RM95 1 BAR
1 KOTAK ADA 4 BAR = HARGA BOLEH DIRUNDING
ADA HARGA PERUNCIT DAN HARGA MINI TRADER
belian diluar kawasan kotabharu akan dihantar dengan pos laju
untuk penjelasan lanjut sila telefon 013-9225100 - Minah Bernawi(Kak Min)
Sunday, June 7, 2009
MR GOODBYE

Thursday, June 4, 2009
IKUT SUKA HATI
selesai sahaja urusan di Bank, sahabat telefon bertanya dimana?......
kenapa?
nak bayar hutang.....
Alhamdulillah. "okey insyaAllah saya sampai dalam setengah jam".
Kadang tu syaitan tu membisik juga, nak berhutang kita yang kena hantar, nak bayar kita juga yang gi ambil. tapi itu perkara kecil sahaja. Allah telah memberi kita kelebihan dan keupayaan, bila lagi nak menunjukkan kesyukuran kita terhadap kurniaan ni'mat Allah.
Sampai di rumahnya, dijamu dengan donat dan jemput pisang bersama earl grey tea. A unique combination. tak sampai 5 minit duduk datang pula 2 orang sahabat untuk menghantar barang, kemudian datang lagi yang lain hantar pulut dan telur pindang. waah... kita pun menumpang rezeki tuan rumah. Semuanya kenalan rapat, sambil berborak sambil makan tak sedar jam melawati zuhur.
keluar rumah tidak terus balik, singgah pula kerumah St Hajar yang akan ke Riau untuk melanjutkan pelajaran. , kebetulan sudah di luar........ kalau di rumah malas pula nak keluar semula, lebih baik memerap baca buku atau buat tahi mata.
Sampai di rumahnya dipelawa pula makan tengahari. rezeki jangan ditolak. makan lagi.... ingat nak cepat, assignment dah terima 4 tajuk, dan tak mula satu pun lagi. sambung bual lagi, kalau dengannya semua perkara boleh dibualkan dari berniaga, soal jawab masalah agama, keluarga.... semuanya jadi. lepas makan,,, solat berjemaah bersamanya dulu sebelum bertolak balik. adussss sampai rumah jam 3.55petang, letih dan tak bermaya.
konon nak melelapkan mata sebentar hilangkan letih. bila sedar jam menunjukkan 6.55petang. Alamak tal solat asar lagi. inilah bahayanya lupa nak pasang alarm, dan tiada sesiapa dirumah.
the moral of the story.... he he
kalau dah tiada siapa dirumah buat kerja ikut suka hati.... nak balik cepat ke nak balik lewat ke.. asalkan tidak lari dari landasan syariah.... ewahhh. cuma kita yang rugi tak ada disiplin diri.