Friday, May 29, 2009

TANPA TEMAN

ZAHID di UIAM, Ati di Sydney, Am di Penang, Ami bersama keluarganya, Ayen dengan urusannya, tinggallah ku keseorangan. Macam pathetic bunyinya kan? tidak.... sekali2 tidak..... cuma masalahnya aku tak boleh bergerak, bateri kereta meragam, padahal tak sampai 6 bulan beli, bila cari warranty card - tak jumpa.

semalam kan akhir bulan, siap akaun pejabat, ada jemputan Aqiqah, mesyuarat Kowanis, bla.. bla sampai rumah lewat petang

cuma hari ini sahaja terperap di rumah, tapi sepagi tadi sudah bersama Qilah dan Jupa, masak nasi untuk ayen (tengah rajin), kebetulan ada kawan bagi lauk lalu panaskan, tengahari tak sedar bila masa tertidur, sedar je jam 2 petang.

Esok hari Sabtu, jadual memang penuh. samada seorang atau ramai, kelas Daij memang tak miss. Dari 8.30pagi hinggalah ke 6.30 petang, straight, berhenti rehat 15 minit jam 11.30 pagi dan 45 minit jam 2.45 petang. itupun disebabkan pertukaran subjek dan pensyarah.

Tuesday, May 26, 2009

TREADMILL



It has been a while since I wrote something worthwhile here. my mind seems like a locked room, unable to open and churn a few ideas. the past few days were uneventful except unexpected chest pain. ingatkan selepas all those angiogram and all the medicine taken boleh take it easy, rupanya tidak, masih kena berhati-hati.

Baru beli treadmill, ambil peluang bayar tiga tahun dengan 0% interest, kononnya nak berexercise regularly be it rain or shine. lagipun ayen dan ami pun nampak boyot di perut je he he. am pun tak kurang juga, stamina tak ada. baru kerja satu hari dah demam.

so sudah seminggu ber jalan di atas treadmill, bermula dengan 10 minit selama 3 hari, naik ke 15 minit, dan 3 hari lepas melepasi 30 minit. selepas berexercise tu rasa sedap, peluh mencurah2. dan sekarang maintain 30 minit sekali jalan.

Tetapi disebabkan ada masalah tenikal - biasalah perasaan mana boleh dikawal,

stress + tension = a very painful chest pain.

wow selepas tiga biji GTN pun tak jalan... ingatkan bolehlah bye-bye kepada dark botol yang berisi gtn.

so sekarang bermula semula dengan 10minit brisk walking. Bila ada rasa sakit tu slowdonwn and alhamdulillah masih bertahan.

baca di internet, untuk menjaga diri dari serangan sakit jantung ada beberapa perkara yang wajib dipatuhi:

  1. bersenam - dalam proses
  2. tidak merokok - memang pun tidak merokok
  3. jaga diet - kurangkan sodium, cholesterol infested food, high carbohidrate, red meat, ini susah sikit
  4. take it easy - bermakna kurangkan tension. ini memerlukan kerjasama dari famili
  5. adakan hobi - dah ada iaitu kelas DAIJ

insyaAllah

Sunday, May 24, 2009

QILAH DAN JUPA

Qilah, Jupa & keluarganya baru je keluar pintu. sampai tadi sebelum maghrib. sampai saja senyum2 kat nyayi, dan bila dengar suara tokki menegur terus menerpa tokkinya. memang tokki pilihan pertama kedua2nya. Nyayi ni pilihan pertama bila tokki takde je dan nyayi tak jealous pun.
memang nyayi ni:
1. tak larat nak dukung
2. tak rajin nak turun ke kedai runcit dibawah untuk belikan icecream
3. jarang beli hadiah, sebab jarang ke luar negeri/negara

tetapi walau macammana pun, nyayi nya juga yang stok icecream tub di dalam freezer, dan nugget dan mini coktal sosej memang stok banyak. sebab semua tu kesukaan pakmatnya(Zahid) juga. telur jangan kata sekali beli 100 biji.

hari ni tokkinya belikan selipar warna pink, ada gambar rama-rama berlabuci, memang cute. lupa pula nak ambil gambarnya.

dan makanan kesukaan Qilah ialah mee atau spaghetti.... tak kira masak apa. so tadi dinner kita ialah "mee/kwe tiau hongkong". jangan tanya resipi sebab masak di kedai. tak payah lah nak pecah kepala fikir nak masak apa..

kekadang tu terfikir juga Qilah suka makan mee/meehoon, kekacang. semua tu juga makanan favourite ku. adakah ini secara kebetulan atau keturunan? dan kulit badannya mudah sangat mengalah bila dapat gigitan serangga.

yang Jupa pulak sebiji perangai mak saudaranya bila merajuk......

Thursday, May 21, 2009

PERSEKITARAN BARU

Hari ini zahid akan mengembangkan sayapnya lebih jauh sedikit, ia akan berhijrah ke kuala lumpur untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat degree. selama ini pembelajarannya hanya di sekitar kota bharu dan kelantan, sahaja dan bila2bila masa boleh telefon dan samada maknya atau abang2nya bergegas pergi untuk menyempurnakan keperluannya.

tetapi bermula hari ini situasi akan berubah. bermakna dia kena merancang hidupnya agar perkara2 kecil dapat diselesaikan sendiri. tetapi sekarang sistem pun dan canggih dengan telefon, sms, mms,email dan blog semuanya memudahkan untuk berkomunikasi.

Petang ini Zahid akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk meneruskan perjuangannya untuk menyempurnakan hidupnya agar menjadi insan muslim yang berilmu beriman dab beramal soleh. insyaAllah doakan perjuangannya.

Thursday, May 14, 2009

KEHILANGAN DI JOHORE BAHRU

Baru sahaja sampai dari JB menziarahi kakak yang baru sahaja kehilangan her only daughter yang mengidapi penyakit barah payudara.

dalam perbualan bersama kak Ani, memang dia tidak menyedari langsung bahawa anaknya dalam keadaan kritikal hanya menunggu hari. Dan doktor memberitahu bahawa sel2 kansernya telah merebah ke paru-paru dan tulang. Kesian dia dipaksa juga anaknya makan ubat agar sembuh dan pulih seperti sediakala. lagipun arwah baharu sahaja melengkapi sessi kemoterapi yang ketiga.

Biasanya selepas sessi kemo arwah akan berasa segar dan boleh berjalan-jalan. Yang mengetahui keadaan sebenar arwah adalah keluarga emak2 dan bapa2 saudaranya. hanya abahnya yang tahu. Oleh kerana menahan perasaan abahnya pengsan dan di wadkan dihospital. Lagi haru.....

kalaulah macam itu keadaannya, rasanya lebih baik dimaklumkan semua keluarga adik beradik terutamanya emaknya agar mereka lebih bersedia menghadapi kenyataan sebenar melainkan mereka menghidapi penyakit yang sangat kritikal...

semasa bersedia untuk pulang, tak dapat nak ucap macam mana hanya ku peluk kakakku agar dia bersabar atas segala ujian dan musibah yamg menimpa mereka.

Sesungguhnya dengan ujian dan musibah itu Allah mengingati kita, mengampunkan dosa2 kita serta menaikkan darjat kita dengan sebab keredaan dan kesabaran kita.

Sunday, May 10, 2009

HADIAH MOTHER'S DAY











MOTHER'S DAY








Today is mother's day. di bawah adalah sedikit petikan dari beliefnet - daily muslim wisdom....
There was a time in my life when I thought Mother's Day to be a holiday of the "infidels," not worthy of celebration by a Muslim. Time and wisdom have taught me otherwise. Mother's Day is a cultural practice that is wholly consistent with Islam's principles.The Qur'an places kindness to the parents on par with proper worship of God: "Worship and serve God, do not associate any partners with Him, and do good to your parents..."(4:36).

The textual juxtaposition of worshipping God and honoring the parents is not coincidental. Maltreatment of parents is one of the most deadly sins in all of Islam. Furthermore, God implores believers to extend the hand of mercy to their parents: "Thy Lord hath decreed that ye worship none but Him, and that ye be kind to parents. Whether one or both of them attain old age in thy life, say not to them a word of contempt, nor repel them, but address them in terms of honour. And, out of kindness, lower to them the wing of humility, and say: 'My Lord! bestow on them thy Mercy even as they cherished me in childhood'" (17:23-24).


After God, my mother has been the source of my strength, my success, my life-force. Everything I am I owe to her. She taught me how to appreciate being a woman; how to be a wife; how to be a mother; how to be a doughter. Most importantly, she gave me God, and she taught me how to worship and see Him in everything that I do.

She ingrained in me the importance of developing a personal relationship with God and developing that relationship throughout my life. Had it not been for my mother, I most probably would not have either known or discovered the beauty of the worship and love of God.


............

And She also taught how to be tough, to accept whatever comes with patience and to believe that janji Allah adalah Haqq

Saturday, May 9, 2009

MY VISION YEAH.....

Masa berjalan terlalu pantas, semacam tak cukup waktu untuk segala yang hendak dilakukan. Kelas DAIJ telah pun masuk ke bulan yang kedua, dan kini borang untuk memohon untuk mengamal sebagai peguam syari'e telah pun berada ditangan untuk diisi dan di hantar ke pejabat. Kelas ini memakan masa selama 2 semester kalau ikut dalam offer letter. kalau benarlah begitu maknanya akan berconvolah kami tahun depan..... InsyaAllah.... Ameeen

kelas Daij semakin menyeronokkan apabila masuk ke topik selepas beberapa minggu berada ditahap muqadimmah.

malam dah pun lewat, dan hari ini sungguh penat dengan kelas dan keseronokan bertemu dengan sahabat2 seangkatan. juga bersama2 sahabat2 baru yang tidak lokek dengan pengalaman mereka.

Wednesday, May 6, 2009

MODEL 1ROOM APARTMENT DI KOTABHARU

the kichenete, wih only a simple microwave and mini bar. no stove so no cooking is allowed. kalau nak masak juga kena pasang cooker hood


the dressing table/study table

the sitting room with 29" tv



These are a few pictures taken from a model apartment. tak de lah sehebat bilik di Sheraton Hotel tu. the bathroom accessories is so minimal with only a water heater. the shower corner pun tak de curtain apatah lagi shower compartment.










Tuesday, May 5, 2009

TEXT UNDANG-UNDANG



i'm stuck with my text undang-undang subject which is fully in arabic language. Listen in Arabic, present assignment in arabic, answer exam papers in arabic. Aduss..... My arabic vocabulary yg tak seberapa cannot cope untuk membaca buku Mughni Muhtaj, buku rujukan untuk pengamal undang-undang syar'e, setakat untuk faham memang boleh, but to write text in arabic is impossible. we appeal with the lecturer so that we can answer in either bahasa or arabic, but then no compromise.... only in arabic. waaaaaah.


I'm not giving up. will discuss with a few friends, maybe we can organise extra classes only for this subject. after all nothing is imposibble, it is achallenge though at my age. after all arabic is the language of al-Quran and al-Hadith and tidak rugi untuk mendalami bahasa ini.
So anyone willling to organise this class, you're most welcome.

Monday, May 4, 2009

TEMPAHAN BROWNIES

i've been very busy the last few days. On Friday balik Jerteh, mek buat kenduri arwah. on Saturday attended my Daij classes until late afternoon, yerterday I bake 2 loyang of brownies, orders from my regular customers.

Anyone nak tempah brownies? ada beberapa pakaging
1. 1 box 8 x 8 = RM40 didalamnya ada ~ 108 pieces 1" x1" of brownies
2. 2 boxes 6 x 6 = RM40
3. 3 boxes 3 x 6 = RM40

minimum order RM40, sebab 1 loyang to dapat ~ 108 pieces hehe dan semua jualan atas tempahan sahaja dan sekurang2nya 24jam sebelum, lagi elok kalau warning dulu 2hari sebelumnya, kot bahan kehabisan

kalau nak buat sendiri rasanya resipi telah di masukkan di post yang lepas2