Tuesday, February 24, 2009

AYAT 14 SURAH YUNUS - KHALIFAH

Ini adalah tafsiran Tua guru Nik Abd Aziz dalam bukunya tafsir al-Quran Surah YUnus. perkataan yang hendak di fokuskan dalam ayat ini ialah 'khalifah'. Maksud ayat: "Kemudian kami menjadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang t lah dibinasakan itu supaya Kami melihat apakah pula corak dan ebtuk kelakuan yang kamu akan lakukan"

perkataan khalifah diertikan sebagai pengganti. Dunia ini Allah yang jadikan, kepunyaanNya dan Dia berkuasa melantik manusia sebagai pengganti. dan manusia mestilah mengikut arahan dari segala apa perintahNya kerana dia hanya dilantik bukan dunia ini dia yang punya.

maka segala yang Allah telah haramkan maka hendaklah kita mengharamkan, dan yang halal kita halalkan. segala perintah hendklah dikerjakan dan segala larangan hendaklah di tinggalkan. tidaklah patut kita berlagak seperti Tuhan di dunia padahal kita dicipta olehNya. Jangan pula kita menidakkan perintahNya, padahal kita hanayalah penggantiNya dan bila2 sahaja kuasa kita ditarik BALIK

apabila kita sedar kita adalah khalifah Allah, maka dengan sendirinya kita janganlah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Kepada mulut berkata hanya yang baik, kepada kaki pergi ke tempat yang baik, kepada tangan menulis perkara yang baik samada cerpin, sign cek atau mengundi di pilihanraya.

kenapa Allah lantik kita sebagai khalifah? tidak lain tidak bukan untuk untuk di check dan perhati samada kita menjalankn tugas kita sebagai khalifah dibumi Allah ini. tuhan telah menyediakan syurga dan neraka sebagai balasan setimpal dengan apa yang telah kita lakukan. janji Allah adalah benar dan Dia Maha pengampun dan Penerima Taubat hambanya.

Banyakkan beristgfar..... wallahu alam

No comments: