Saturday, February 21, 2009

ANOTHER DAY

sehari berlalu, tanpa ada apa2 lur biasa yang berlaku. semalam aku menghadiri taklimat pertama untuk kelas master pengajian Islam di University Malaya Nilam Puri.
nampaknya yuran tidaklah semahal mana yang di duga RM2500 untuk dissertasi dan
RM3150 untuk coursework dan dissertasi.

taklimat kedua ditetapkan pada 27hb Feb ini. habislah rancanganku untuk menghadiri demonstrasi membuat kek secara commercial yang sepatutnya berjalan pada pagi itu jam 10.30pagi.

apa yang perlu dibawa pada hari jumaat ini ialah fotostat sijil ijazah bersama transkripnya, sijil spm untuk pengesahan kredit subjek bahasa melayu, borang yang telah diisi atau belum diisi. bagi sesiapa yang mempunyai CGPA 3.7 keatas boleh terus memohon untuk menulis thesis kedoktoran.

wow tak pernah ku duga boleh sampai ketahap ini. ialah dengan berbekalkan sijil SC & MCE selama ini, sekarang aku mampu untuk memohon menulis untuk sijil master. ini bukan hendak berbangga tetapi kadang tu macam tak percaya yang aku selama ini ada sijil ijazah setaraf dengan sahabat2ku yang lain yang mempuyai ijazah. tidaklah rasa rendah diri sangat. ilmu yang aku dapati bukan bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi untuk kegunaan sendiri. untuk disampaikan kepada muslimat lain aku tidak mempunyai bakat untuk mengajar. kadang tu terfikir juga,apalah guna ilmu ini disimpan dan tidak disampaikan, tetapi apakan daya... moga Allah memberi kepadaku kekuatan dan keupayaan dengan cara lain untuk aku menyebarkan ilmu yang ada padaku ini.

No comments: