Monday, February 2, 2009

ADAB-ADAB MEMBACA ALQURAN

Tafsir alQuran di radio IKIM pagi ini menjelaskan adab2 membaca AlQuran berikutan dengan tafsiran surah al-A'ARaf ayat 204. ada beberapa perkara diantaranya;
1. Membaca dengan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah
2. menadap Qiblat
3. dengan wudhu
4. Bersiwak dahulu
5. taawwauz
6. melihat kepada mushaf lebih baik
7. membaca dengan suaara yang jelas dan merdu didengar oleh orang lain dan diri sendiri
8. memahami dan menghayati
9. berdoa apabila tiba kepada ayat-ayat nikmay untuk orang beriman
10. berdoa dijauhkan apabila tiba ayat-ayat azab kepada orang kafir
11. membaca mengikut tauqifi yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw
12. beramal mengikut isi kandungan al-Quran seperti larangan riba
13. membaca pada waktu pagi - Nabi mendoakan sesiapa yang membaca al-Quran pada waktu itu, sekurang-kurangnya 20 ayat sehari
14. berusaha untuk menghafaz ayat2 al-Quran
15. suburkan dalam minda - target untuk menhkhatamkan al-Quran 4 kali setahun
16.berdoa semasa membaca dan berdoa selepas membacanya
17. dilarang membaca ditempat yang bukan sewajarnya. nabi tidak pernah membaca al-Quran dalam keadaan hadas besar
18. mengucup al-Quran selepas membaca al-Quran diumpamakan mengucup hajar alaswad
19. mewangikan al-Quran
20. diletakkan di tempat yang tinggi
21. menangis
22. tidak wajar diucapkan salam kepada orang yang sedang membaca al-Quran.
wallahu a'alam

No comments: