semalam aku menghadiri taklimat kedua MA di Nilam Puri. selepas berbincang timb pengarah menetapkan 13hb Mac, hari terakhir untuk submit borang dan proposal. waah, aku tajuk pun tak de lagi, macam mana nak buat proposal. Ada beberapa tajuk yang ku jumpa dalam internet, tetapi samada kurang mencabar atau tak mampu nak buat...
1. amalan solat sunat di kalangan pekerja wanita. satu kajian di kota bharu
2. amalan-amalan di bulan Ramadan. penghayatannya dikalangan pekerja wanita di KB
3. kempen bulan solat. keberkesanannya. satu kajian dikalangan remaja di machang.
Saturday, February 28, 2009
Tuesday, February 24, 2009
AYAT 14 SURAH YUNUS - KHALIFAH
Ini adalah tafsiran Tua guru Nik Abd Aziz dalam bukunya tafsir al-Quran Surah YUnus. perkataan yang hendak di fokuskan dalam ayat ini ialah 'khalifah'. Maksud ayat: "Kemudian kami menjadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang t lah dibinasakan itu supaya Kami melihat apakah pula corak dan ebtuk kelakuan yang kamu akan lakukan"
perkataan khalifah diertikan sebagai pengganti. Dunia ini Allah yang jadikan, kepunyaanNya dan Dia berkuasa melantik manusia sebagai pengganti. dan manusia mestilah mengikut arahan dari segala apa perintahNya kerana dia hanya dilantik bukan dunia ini dia yang punya.
maka segala yang Allah telah haramkan maka hendaklah kita mengharamkan, dan yang halal kita halalkan. segala perintah hendklah dikerjakan dan segala larangan hendaklah di tinggalkan. tidaklah patut kita berlagak seperti Tuhan di dunia padahal kita dicipta olehNya. Jangan pula kita menidakkan perintahNya, padahal kita hanayalah penggantiNya dan bila2 sahaja kuasa kita ditarik BALIK
apabila kita sedar kita adalah khalifah Allah, maka dengan sendirinya kita janganlah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Kepada mulut berkata hanya yang baik, kepada kaki pergi ke tempat yang baik, kepada tangan menulis perkara yang baik samada cerpin, sign cek atau mengundi di pilihanraya.
kenapa Allah lantik kita sebagai khalifah? tidak lain tidak bukan untuk untuk di check dan perhati samada kita menjalankn tugas kita sebagai khalifah dibumi Allah ini. tuhan telah menyediakan syurga dan neraka sebagai balasan setimpal dengan apa yang telah kita lakukan. janji Allah adalah benar dan Dia Maha pengampun dan Penerima Taubat hambanya.
Banyakkan beristgfar..... wallahu alam

Saturday, February 21, 2009
ANOTHER DAY
sehari berlalu, tanpa ada apa2 lur biasa yang berlaku. semalam aku menghadiri taklimat pertama untuk kelas master pengajian Islam di University Malaya Nilam Puri.
nampaknya yuran tidaklah semahal mana yang di duga RM2500 untuk dissertasi dan
RM3150 untuk coursework dan dissertasi.
taklimat kedua ditetapkan pada 27hb Feb ini. habislah rancanganku untuk menghadiri demonstrasi membuat kek secara commercial yang sepatutnya berjalan pada pagi itu jam 10.30pagi.
apa yang perlu dibawa pada hari jumaat ini ialah fotostat sijil ijazah bersama transkripnya, sijil spm untuk pengesahan kredit subjek bahasa melayu, borang yang telah diisi atau belum diisi. bagi sesiapa yang mempunyai CGPA 3.7 keatas boleh terus memohon untuk menulis thesis kedoktoran.
wow tak pernah ku duga boleh sampai ketahap ini. ialah dengan berbekalkan sijil SC & MCE selama ini, sekarang aku mampu untuk memohon menulis untuk sijil master. ini bukan hendak berbangga tetapi kadang tu macam tak percaya yang aku selama ini ada sijil ijazah setaraf dengan sahabat2ku yang lain yang mempuyai ijazah. tidaklah rasa rendah diri sangat. ilmu yang aku dapati bukan bertujuan untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi untuk kegunaan sendiri. untuk disampaikan kepada muslimat lain aku tidak mempunyai bakat untuk mengajar. kadang tu terfikir juga,apalah guna ilmu ini disimpan dan tidak disampaikan, tetapi apakan daya... moga Allah memberi kepadaku kekuatan dan keupayaan dengan cara lain untuk aku menyebarkan ilmu yang ada padaku ini.

Monday, February 16, 2009
LUMINE
hari telah pun lewat malam, perut pula kenyang lagi, nak tidur tidak digalakkan lagi pun segala benda ubat belum ditelan lagi.
pada hari jumaat yang lepas kami telah terpedaya dengan promosi makanan kesihatan dari Jepun yang kononnya mempunyai 3 fungsi penting iaitu 1. kesihatan jantung dan yang berkaitannya,2. kulit yang anjal dengan collagennya dan 3, pembakaran lemak2 untuk mengurangkan bonjol di bahagian lengan dan peha dan dibahagian lain yang mudah di longgokkan lemak.
kami membeli 3paket semata-mata untuk kesihatan dan persiapan diriku untuk menghadapi ujian aniogram pada awal bulan april nanti. di samping itu juga aku mengharapkan agar lemak2ku yang bertompok di lengan, peha dan perut turut merosot. harap2 je

Saturday, February 14, 2009
MAJLIS CUKUR RAMBUT
pagi lagi kami(zahid and his father) sudah mengemas belakang ofis yang telah lama bersepah yang tak mampu ku lakukan dan tidak sanggup dipandang lagi. maklumlah anak bujang semuanya. anak dara ada tapi jauh di perantauan. sambil itu sempat juga mereka membasuh kereta yang penuh dengan habuk dan lumpur.
Hari ini juga aku menghadiri majlis bercukur rambut anak saudaraku yang berumur 21 hari.dia mendapat anak perempuan yang kedua

Monday, February 9, 2009
SUNNAH NABI SAW
esok ada temujanji dengan fisio di HUSM. rasa macam malas je nak gi. semalam sudah ke kota bharu usrah muslimat, tadi gi mesyuarat kowanis, itu yang malas nak gi esok. Suasana tidak berapa ceria, ni pun blogging.... meniarap atas katil!!!! waaaah....
nak kata boring, dalam islam mana ada istillah boring. sekarang ni pun banyak perkara tak selesai lagi. Isya' tak jelas lagi, buku Fiqhul islami karya Wahbah Zuhaili baru belek2 je, cari tajuk yang berkaitan je, maza yaani pun nampak tersadai atas meja. al-Quran, tafsir al-Quran, itu yang di rumah????? sahabat bersalin, sakit belum ziarah lagi.... alasan... tak sempat!!!!
ok... nak solat Isya' dulu, lepas tu nak baca surah Sajadah dan al-Mulk, ikut sunnah nabi saw, Nabi saw tidak akan tidur sebelum membaca 2 surah tersebut. InsyaAllah

Sunday, February 8, 2009
MERIAH
Usrah Muslimat hari ini sungguh meriah dengan isu negeri perak dan lagi pun lama tak berjumpa banyak cerita-cerita - sahabat yang travel semasa cuti sekolah - cerita kempen di Kuala Terengganu - cerita program kacau sura.....
Bertemu pula dengan Nisa' yang datang berbincang untuk program mereka... lagi meriah dengan telatah mereka.... terhibur hati ini.

Saturday, February 7, 2009
MORNING WALK
finally i managed to finish a 30 minutes morning walk today. it's the first time since i was diagniosed with heart problem. i make it a point to walk every morning, starting with a 10 minutes round gradually increasing at 5 minutes interval. 1 consider my morning walk as one of my medication and must do it without fail.
i walk around my block, the parking place at KIAS and up to the YIK office. buat masa ini nak beli treadmill rasa macam membazir je, takut jadi tukun kat rumah.
alhamdulillah my chest pain is reduced for daily normal activities, unless i exert too much such as carrying my grand daughter up and down the staircase, or too much excitement with friends. my GTN stock is still plenty and hope I hope would need it less and less as day goes by.

Friday, February 6, 2009
TURMOIL IN PERAK
suasana amat membimbangkan dengan 4 orang ADUN melompat parti. harap2kan ada hikmah disebalik kekecohan ini. InsyaAllah Tuhsn akan. memberi yang lebih baik kepada rakyaat negeri Perak atas musibah yang menimpa mereka.
nak komen banyak2 pun kita tak pandai politik, tetapi apa yang kita lihat MB Ir.Nizar telah melakukan yang terbaik untuk rakyaat Perak.
diharap negeri lain yang dibawah pemeritahan PKR akan lebih berwasada dengan taktik jahat musuh2, dan memilih hanya wakil rkyaat yang berwibawa ikhlas dengan perjuangan untuk menegakkan keadilan dan tidak tamakkan dunia.

Monday, February 2, 2009
ADAB-ADAB MEMBACA ALQURAN
Tafsir alQuran di radio IKIM pagi ini menjelaskan adab2 membaca AlQuran berikutan dengan tafsiran surah al-A'ARaf ayat 204. ada beberapa perkara diantaranya;
1. Membaca dengan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah
2. menadap Qiblat
3. dengan wudhu
4. Bersiwak dahulu
5. taawwauz
6. melihat kepada mushaf lebih baik
7. membaca dengan suaara yang jelas dan merdu didengar oleh orang lain dan diri sendiri
8. memahami dan menghayati
9. berdoa apabila tiba kepada ayat-ayat nikmay untuk orang beriman
10. berdoa dijauhkan apabila tiba ayat-ayat azab kepada orang kafir
11. membaca mengikut tauqifi yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw
12. beramal mengikut isi kandungan al-Quran seperti larangan riba
13. membaca pada waktu pagi - Nabi mendoakan sesiapa yang membaca al-Quran pada waktu itu, sekurang-kurangnya 20 ayat sehari
14. berusaha untuk menghafaz ayat2 al-Quran
15. suburkan dalam minda - target untuk menhkhatamkan al-Quran 4 kali setahun
16.berdoa semasa membaca dan berdoa selepas membacanya
17. dilarang membaca ditempat yang bukan sewajarnya. nabi tidak pernah membaca al-Quran dalam keadaan hadas besar
18. mengucup al-Quran selepas membaca al-Quran diumpamakan mengucup hajar alaswad
19. mewangikan al-Quran
20. diletakkan di tempat yang tinggi
21. menangis
22. tidak wajar diucapkan salam kepada orang yang sedang membaca al-Quran.
wallahu a'alam

Sunday, February 1, 2009
SEAL WITH A KISS
i'm quite busy today but nothing interesting to record. ada terlepas cakap sikit, i'm sorry. I will never ever mention this subject again ever - insyaAllah. biar keadaan menentukannya. I will seal my lips over this subject.
business zahid alhamdulillah berjalan lancar....

Subscribe to:
Posts (Atom)