Thursday, October 9, 2008

selepas 2 bulan





hari ini khamis 9hb. Oktober 2008, lebih dua bulan after the last entry, aduhhh sibuk giler. Di bulan Ramadan ingat nak update sikit blog ni, tapi tak kesampaian, sibuk dengan program Ramadan ditambah dengan business yang tidak diduga, at last hari ni baru lega sikit dapat mengawal keadaan.

alhamdulillah hari telah 5 hari berpuasa sunat syawal dan esok insyaAllah hari keenam. Menu buka puasa hari ini, 3 biji kurma madinah (pemberian sahabat yang baru pulang dari Umrah), 2 potong betik hongkong, segelas G-cafe.... maybe nanti nak tidur segelas oren juice.


sahur pulak semangkuk oats bersama honey dan susu, gcafe maybe tambah dengan sebiji telur bulls eye( kalau sempat dan masih lapar). inilah juga menu sahur dan iftarku untuk lima hari yang lepas.

hari ini juga agak sibuk, tadi jam 9.00pg ke sambutan hari raya di stadium hantar 5 kotak kek marble, jam 11.00 terus ke sekolah memengah keb. agama Wataniah Machang, majlis solat hajat dan bacaan Yasin untuk pelajar PMR,SPM dan STPM, lepas tu ziarah sahabat di ketereh yang uzur kerana masalah jantung.

hari ini juga dapat keputusan peperiksaan percubaan SPM zahid. alhamdulillah 11A = 5A1 dan 6A2. Harap2 keputusan peperiksaan SPM sebenar setanding atau lebih baik dari keputusan ini Ameen....

No comments: