Sunday, October 19, 2008

cerita hari ini

hari jadual ku agak padat, pagi lagi telah bersiap sedia untuk menghadiri seminar pengurusan untuk hari kedua, jam 9.45pg bergegas ke unit penerangan kerajaan negeri kelantan menghantar 2 kotak brownies yang ditempah sambil menyempurnakan jemputan hari raya di situ, 15 minit kemudian bergegas balik ke dewan johor untuk meneruskan kehadiranku di seminar di situ. jam 11pg mendapat sms unruk tempahan 1 kotak brownies yang akan di ambil malam ini.
sempat juga berbual dengan Ibu... isteri kepada bapak penyampai kertas kerja.
ingat tadi nak ambil juga gmbar bersama peserta2 lain, tali ralit berbual hingga semuanya balik.
seminar selesai jam 4.30ptg, terus balik kerumah rehat sebentar lalu solat dan terus menggodak telur untuk tempahan brownies. alhamdulillah 10 minit sebelum maghrib siap semuanya peralatan dibasuh.
selesai sahaja mandi blackout.... so solat dalam gelap, dok imagine kalau orang buta macam nilah keadaan mereka....
inilah hari ku... wah...

No comments: