hari ini sabtu 18hb. Oktober 2008, aku menghadiri seminar pengurusan masjid. walhal aku jarang-jarang berjamaah di masjid melainkan untuk solat eid al fitr dan eid al adha atau melainkan ada majlis ilmu yang ingin aku hadiri atau yang aku patut hadir.
di sini ada satu kemusykilan: solat seorang muslimah adalah lebih baik di rumah dari di masjid - hadis Rasulullah saw
aurat wanita adalah seluruh anggota melainkan muka dan dua tapak tangan, dan menutup aurat adalah wajib.
seorang muslimah yang berjamaah masjid pergi tanpa menutup aurat (tak pakai setokin kaki, selak kain nampak betis) macam mana cara untuk mengatasi masalah ini?
majlis bermula jam 8.30pagi selama 2 hari hingga esok. majlis perasmian petang terpaksa ditinggalkan kerana ada temujanji yang tidak dapat dikanselkan kerana terlupa.
insyaAllah esok aku akan sambung slot pertama, dan slot kedua juga terpaksa ditinggalkan juga, dan sambung pada slot ketiga hingga akhir.
diharap agar aku tidak lupa membawa kamera untuk mengambil beberapa shots
No comments:
Post a Comment