Sudah 2 hari aku berada di KL, dan hari ini hari ketiga. bertolah dari KB 4hb. Ogos dan balik nanti 7hb. Ogos, 4D/3N, macam pakej holiday pula. pagi semalam aku meronda di Pavillion, the biggest and prestigious (katanya) so far shopping complex di KL ni. aduh, memang luas dan banyak sangat kedai2 berjenama. mujur juga baru beli je handbag di KB, kalau tak memang kopak purse, memang cantik dan menawan handbag di situ, dengan harganya juga sangat menawan. ada satu handbag tu, leather; cantik; warnanya memikat, curi-curi tengok price tag, wow.... RM2500, padanlah kenan sangat, tapi ada diskaun 20%. takpelah masih boleh control lagi, handbag pun baru beli, tak murah juga, disebabkan ada 40% diskaun terus grab je, lagipun handbag yang lama pun dah 4 tahun pakai, rasanya dah sampai masanya beli yang baru.
hari inj melawat HQ ofis di wangsa maju, setakat setengah hari je, pas tu nak gi BWY, persediaan beli barang untuk tempahan biskut hari raya.
No comments:
Post a Comment