Oleh kerana terlalu gopoh untuk mengelakkan jem di bandar Kota Bharu kerana cuti sekolah, semalam keluar rumah dengan tidak mengunci pintu grill dan pintu sliding. Lagi pun kerana telah memunggah sampah2 dapur ke dalam kereta dan tidak mahu kereta berbau sangat terus je reverse kereta. cadang tu hanya hendak buang sampah dan beli bahan2 brownies, tetapi bila steering ada di tangan dan kesesakan yang amat sangat, berada 3 jam juga diluar.
sesampai sahaja dirumah tengok pintu terngaga, kebetulan am pun tidur di rumah, so menyangka wah...... am dah bangun dari tidur bolehlah tolong angkat barang. alahai.....rupanya tidak begitu.
terus sahaja cek laptop dibilik ada lagi ke.... sebab itu sahaja yang berharga buat masa ni.
alhamdulillah tiada siapa masuk dan rumah bersih seperti sediakala.
inilah bahayanya jika kunci rumah dan kunci kereta diasingkan dari satu ikatan.
No comments:
Post a Comment