Cuti sekolah di kota bharu memang havoc, satu penomena yang yang kurang selesa oleh golongan warga kota bharu seperti kami. apa tidaknya, jalan penuh sesak dengan kereta, bas rombongan, kenduri kendara, majlis perkahwinan dan bermacam-macam aktiviti di stadium dan padang perdana yang menambahkan lagi kacau bilau apabila sesuatu perjalanan yang biasanya mengambil masa 15minit menjadi sejam atau lebih..... aduh memang tension. sama lebihkurang seperti musim hari raya
tetapi jangan ambil hati ye, inilah kemajuan.....
biasanya kami memang sudah plan untuk mengstok barang2 keperluan dirumah dan segala keperluan peribadi dan pejabat diselesaikan sebaik mungkin sebelum cuti sekolah. tetapi apakan daya kita hanya merancang....
hari ini terpaksa keluar kerana bahan-bahan untuk pembuatan brownies sudah sangat merosot, di dapur, telur AA, tepung super fine hanya cukup untuk seloyang brownies...
insyaAllah
No comments:
Post a Comment