Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI

Hari ini 29hb Ramadan dan esok hari raya, hari gembira kerana kemenangan kita menangkis segala macam nafsu demi untuk mendapatkan keredhaan Allah, demi mengukuhkan ketaqwaan dan keimanan.

yes... nak makan apa ye.....

  1. ketupat pulut inti sambal daging sudah siap dalam frezer
  2. kek lapis sarawak ada dlm kotak dalam freezer juga hehe
  3. ayam yang siap dipotong kecil ada dalam besin bawah sink.... ready untuk dimasak
  4. mini ketupat adabi ada sebungkus....
  5. santan segera ada sekilo...
  6. carrot, sengkuang dan sayuran lain siap sedia untuk dimasak
  7. cookies dan brownies lebihan tempahan ada beberapa balang

semuanya tidak dapat memecahkan selera...

kerana......

saya nak makan masakan johor..... ketupat nasi, lepat pulut, laksa johor, rempeyek dan kerepek pisang... yum yum

astaghfirullah.... ini sudah ikut nafsu

selamat hari raya kepada semua yang membaca blog ini. Maaf Zahir Batin

No comments: