Saturday, September 26, 2009

PUASA 6 SYAWAL

hari ini 7 syawal, dan sesiapa yang telah menunaikan puasa 6 sejak 2 syawal maka esok bagi mereka ialah hari raya kedua dalam bulan syawal, kalau di terengganu hari ini buat ketupat kedua, selepas meraikan hari eidul fitri.

hari ini juga bagiku bermakna tinggal bersendirian, setelah zahid kembali ke PJ pada Rabu lepas, dan hari ini Ayen ke Melaka dan Am dan abahnya ke Bangkok untuk kursus 2 minggu dalam pembuatan bata.

hari ini juga Aminah Zulfa dimasukkan ke bilik 201 di Kota Bharu Medical Centre kerana keracunan makanan, muntah-muntah sejak maghrib malam tadi. kesian dia... yang memang suka makan, apabila disekat makan atas arahan doktor sehingga jam 8 malam ini.. merintih kelaparan. sekarang ini mereka 4 beranak berkampung di bilik 201, nyayinya terpaksa balik kerana banyak urusan di rumah dan bilik 201 pun tak boleh menampung seorang lagi dengan selesa, lagipun nampaknya zulfa sudah stable dan bermain-main dengan Aqilah.

situasinya tidaklah seteruk Aqilah dulu kerana cepat bertindak dan dibawa ke hospital secepat mungkin. maka sesiapa yang ada anak kecil apabila muntah-muntah dan cirit birit janganlah ambil ringan sahaja, cepatlah bertindak.

sesiapa yang belum bermula menunaikan puasa 6 syawal, bolehlah beransur-ansur, hanya tinggal 3 minggu lagi, apatah lagi dengan jemputan rumah terbuka di hujung minggu, pandai-pandailah mengatur strategi, agar puasa 6 syawal dapat jalankan dan jemputan rumah terbuka sahabat-sahabat dapat ditunaikan.

faedah puasa 6 syawal

  1. puasa syawal akan menggenapkan puasa penuh setahun
  2. puasa syawal seperti amalan solat sunat rawatib yang akan menampung kekurangnan di dalam amalan wajib puasa ramadan
  3. menunjukkan amalan yang berterusan, bukan amalan bermusim sahaja.

wallahu a'lam

No comments: