Friday, August 7, 2009

TEMPAHAN COOKIES

Tempahan biskut raya tahun ini agak pelik sedikit daripada tahun yang lepas-lepas. biskut evergreen iaitu almond london yang sememangnya top pada tahun-tahun lepas jatuh merudum. Dan biskut choc chips yang 5 tahun lepas hanya mendapat tempahan tak sampai 10 bekas, tapi tahun ini menggila2 mencecah melebihi 100 bekas.

boleh jadi tahun ini menggunakan pure butter - churn/scs butter, minyak pun mazola.
kalau dulu guna mentega lepa dan minyak sayuran biasa.....

bagus juga sample telah diedar lebih awal sikit, bolehlah tutup tempahan awal juga.

kalau tahun2 lepas 10 puasa masih ada lagi tempahan masuk sebabnya sample hantar dalam puasa, tapi tahun ini, tarikh akhir tempahan ialah 28hb Syaaban, maknanya 2 hari sebelum Ramadan bolehlah menyiapkan bahan2 dan perkakas untuk persediaan membuat cookies.

insyaAllah dikurniakan kesihatan, marilah kita masuh ke bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

peluang niaga ambil juga tapi pakej Ramadan jangan sekali2 ditingglkan.

2 comments:

Anonymous said...

biskut forero roche tu mcm mana?

mbernawi said...

BTMD,
biskut fero Roche bentuknya seakan2 fero roche,adunan dohnya: nestum, coffee essence dan butter, bentuk bulat dan di salut dengan badam cincang. bakar, sejukkan dan celup dalam coklat yang dicairkan. rasanya ok, tapi cookies "snow almond" yang so... marvelous.