RAMADAN MUBARAK
Ramadan akan menjelang tidak sampai dua minggu lagi. sudahkah kita bersedia menghadapi hari besar ini. hari besar ini bukan eid al-fitri tetapi sebulan Ramadan yang bersamanya lailat al-qadr. sudahkah kita bersedia dari sudut rohani, jasmani dan mentaliti?
tetapi di dalam kegairahan beramal dalam bulan Ramadan, jangan pula beramal hingga terkeluar dari landasan sunnah, mempastikan amalan yang dilakukan betul berpandukan nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah. Sabda Rasullah saw yang bermaksud:
"sesiapa yang melakukan amalan yang bukannya perintah kami, mak amalannya tertolak."
terdapat beberapa amalan khusus di bulan Ramadan di antaranya:

- puasa
- solat tarawih
- iktikaf di 10 malam terakhir
- zakat fitrah & zakat wajib
- solat malam untuk mendapatkan lailat al-qadr
- bersedekah
PUASA: bukan sekadar ibadat menahan lapar dan dahaga. jadikan nya sebagai Perisai yang dapat melindungi daripada azab api neraka dengan memelihara setiap anggota daripada melakukan perkara keji dan munkar.
SOLAT TARAWIH: Hadis Rasulullah yang bermaksud "sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, diampunkan dosanya yang telah lalu...."
IKTIKAF: i'tikaf bermaksud mengikat diri dengan masjid dan tinggal di dalamnya dengan niat taqarrub kepada Allah dengan penuh ketaqwaan. semsa beriktikaf mustahab baginya memperbanyakkan ibadah sunat - solat, membaca al-Quran, zikir, berdoa dan selawat ke atas Nabi saw.
ZAKAT FITRAH: zakat untuk menyucikan diri. di samping itu lebih baik kalau zakat gaji dan zakat perniagaan dilaksanakan pada bulan ini, kerana pahalanya berganda-ganda. ubahlah tarikh zakat ke bulan Ramadan yang mulia ini.
SOLAT MALAM: sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Carilah lailat al-qadr pada malam yang ganjil pada 10 hari yang terakhir daripada bulan Ramadan."
bagi yang sesiapa yang telah terbiasa bangun di awal pagi, usahakan agar malam-malam ini dapat dihayati sepenuhnya.
BERSEDEKAH: sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan, ketika masih sihat, masih sayangkannya, masih berangan-angan hendak kaya dan takutkan kefakiran.

inilah di antara ibadah yang termampu kita lakukan atau memang telah dilakukan setiap kali bertemu Ramadan...alhamdulillah sekiranya begitu, sekiranya belum marilah kita berusaha untuk mendapatkan amalan Ramadan yang diterima Allah 100%
sekian sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat sekelian
wallahu a'alam
No comments:
Post a Comment