Sunday, August 30, 2009

PERIKSA DAIJ

nak mencelah sedikit... sekarang ni sedang kalut menerap, menggentel dan menyalut cookies tempahan cuatomers. semalam menghadiri kelas daij yang terakhir, dan jadual periksa telah diedarkan.

kertas pertama pada 9/10/2009....

sekali pandang..... rasa lama lagi, tak pelah boleh relaks sikit sambil menyudahkan tempahan.

pandang kali kedua, heiiiii cuma ada lebih kurang sebulan je..... buku banyak yang belum tamat dibaca... ada assignment baruuu.. cookies baru halfway

jangan panic..

ini kena multitasking

gentel cookies intai buku.... he he boleh ke

kurang tidur sbb nak baca buku.... jangan diamalkan awak ada masalah

kurangkan membaca al-Quran... yang dibaca sekarang pun memang kurang dah.. adussss

cari ramai lagi pembantu .... ini saja yang nampak

insyaAllah

Friday, August 21, 2009

RAMADAN AL-MUBARAK

Ramadan AL-Mubarak..... Hayatinya dengan penuh ketaqwaan dan keimanan........
.



Wednesday, August 12, 2009

SNOW ALMOND


untuk sesiapa yang nak menerai cookies ini, disertakan resipi di bawah. memang tak rugi mencuba, amat marvelous.... hmmmm hingga menjilat jari. tengok rupa memang tak sedap ala2 macam kuih kasui je sebab disalut dengan breadcrumbs. nama resipi telah lama maklum, tapi tak de seru untuk mencubanya.

aasal resipi ini dibuat keran feedback yang positif dari member rnet dandinie@yahoo.com..... terima kasih banyak2. apatah lagi bila sudah dibuat.... rasanya memang marvelous dan cookies inilah yang dicari-cari sejak raya lepas. cuma yang telah dirasa tidak disalut breadcrumbs, tetapi berperisa strawberry dan ada pattern macam chocolate yang ada filling....

resipinya telah dimudahkan sikit:

BAHAN A
250gm butter
110gm castor sugar
5gm coffee essence
1 egg yolk AA

BAHAN B
250 gm AP flour
60gm nestum - grind fine
30gm coffeemate
80gm tp kanji
50gm almond fine

HIASAN
breadcrumbs
cooking chocalate
cream bahan A, masukkan bahan B, dan adun hingga menjadi doh yang lembut.
canai dan terap, bakar 12min 165C.

sejukkan, dan celup dalam choc cair, lalu disalut dengan breadcrumbs

REMINDER

reminder kepada sahabat-sahabat:

tempahan biskut raya ditutup 20hb Ogos 2009.

Monday, August 10, 2009

PAKEJ RAMADAN


RAMADAN MUBARAK

Ramadan akan menjelang tidak sampai dua minggu lagi. sudahkah kita bersedia menghadapi hari besar ini. hari besar ini bukan eid al-fitri tetapi sebulan Ramadan yang bersamanya lailat al-qadr. sudahkah kita bersedia dari sudut rohani, jasmani dan mentaliti?

tetapi di dalam kegairahan beramal dalam bulan Ramadan, jangan pula beramal hingga terkeluar dari landasan sunnah, mempastikan amalan yang dilakukan betul berpandukan nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah. Sabda Rasullah saw yang bermaksud:

"sesiapa yang melakukan amalan yang bukannya perintah kami, mak amalannya tertolak."

terdapat beberapa amalan khusus di bulan Ramadan di antaranya:


  • puasa

  • solat tarawih

  • iktikaf di 10 malam terakhir

  • zakat fitrah & zakat wajib

  • solat malam untuk mendapatkan lailat al-qadr

  • bersedekah
PUASA: bukan sekadar ibadat menahan lapar dan dahaga. jadikan nya sebagai Perisai yang dapat melindungi daripada azab api neraka dengan memelihara setiap anggota daripada melakukan perkara keji dan munkar.

SOLAT TARAWIH: Hadis Rasulullah yang bermaksud "sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, diampunkan dosanya yang telah lalu...."

IKTIKAF: i'tikaf bermaksud mengikat diri dengan masjid dan tinggal di dalamnya dengan niat taqarrub kepada Allah dengan penuh ketaqwaan. semsa beriktikaf mustahab baginya memperbanyakkan ibadah sunat - solat, membaca al-Quran, zikir, berdoa dan selawat ke atas Nabi saw.

ZAKAT FITRAH: zakat untuk menyucikan diri. di samping itu lebih baik kalau zakat gaji dan zakat perniagaan dilaksanakan pada bulan ini, kerana pahalanya berganda-ganda. ubahlah tarikh zakat ke bulan Ramadan yang mulia ini.

SOLAT MALAM: sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Carilah lailat al-qadr pada malam yang ganjil pada 10 hari yang terakhir daripada bulan Ramadan."
bagi yang sesiapa yang telah terbiasa bangun di awal pagi, usahakan agar malam-malam ini dapat dihayati sepenuhnya.

BERSEDEKAH: sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan, ketika masih sihat, masih sayangkannya, masih berangan-angan hendak kaya dan takutkan kefakiran.

inilah di antara ibadah yang termampu kita lakukan atau memang telah dilakukan setiap kali bertemu Ramadan...alhamdulillah sekiranya begitu, sekiranya belum marilah kita berusaha untuk mendapatkan amalan Ramadan yang diterima Allah 100%

sekian sebagai peringatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat sekelian

wallahu a'alam

Friday, August 7, 2009

TEMPAHAN COOKIES

Tempahan biskut raya tahun ini agak pelik sedikit daripada tahun yang lepas-lepas. biskut evergreen iaitu almond london yang sememangnya top pada tahun-tahun lepas jatuh merudum. Dan biskut choc chips yang 5 tahun lepas hanya mendapat tempahan tak sampai 10 bekas, tapi tahun ini menggila2 mencecah melebihi 100 bekas.

boleh jadi tahun ini menggunakan pure butter - churn/scs butter, minyak pun mazola.
kalau dulu guna mentega lepa dan minyak sayuran biasa.....

bagus juga sample telah diedar lebih awal sikit, bolehlah tutup tempahan awal juga.

kalau tahun2 lepas 10 puasa masih ada lagi tempahan masuk sebabnya sample hantar dalam puasa, tapi tahun ini, tarikh akhir tempahan ialah 28hb Syaaban, maknanya 2 hari sebelum Ramadan bolehlah menyiapkan bahan2 dan perkakas untuk persediaan membuat cookies.

insyaAllah dikurniakan kesihatan, marilah kita masuh ke bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.

peluang niaga ambil juga tapi pakej Ramadan jangan sekali2 ditingglkan.