Thursday, April 30, 2009

ANUGERAH CEMERLANG

Today Aid received Anugerah Cemerlang from his school SMKA Macang. kita the parents pun pergilah. Di dewan saya menghantar sms ke Mr abah jom kita naik pentas bertiga dengan Aid, sebab pelajar lain semua naik dengan either parents atau pun tak de langsung. Tapi Mr Abah tidak setuju, either abah atau mak, so dia naik bersama Aid menerima hadiah, sebab hadiah dan sijil diserahkan kepada parent dulu lalu parent menyerah kpada anaknya. ada kelas kan......

Aid menerima sekeping sijil pelajar cemerlang dan wang tunai RM80.00... Alhamdulillah inilah rezeki yang tidak disangka2.

cuba membaca beberapa topik undang-undang keluarga Islam, tapi macam blur je, maybe terlalu penat atau kepala yang terhantuk ni belum pulih seperti sediakala.... so praktis menyalin text arab je... mughni muhtaj...

Esok insyaAllah

Wednesday, April 29, 2009

PEGUAM SYARI'E

suasana kembli normal,selepas seminggu yang hectic dan menyeronokkan. semalam sudah membuka buku-buku perwarisan, undang undang keluarga Islam untuk menyediakan diri menghadapi kelas sabtu ini.

kalau dulu semasa taaruf di kelas, aku akan menyatakan bahawa niat belajar adalah untuk menambah ilmu, tetapi kali ini kalau ditanya lagi akau akan menjawab.... untuk mendapat sijil dan menjadi pengamal undang-undang syari'e yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Ameen

Sunday, April 26, 2009

GAMBAR DI CHINA

di epot shenzen kembali ke Malaysia.... sori gambar dari akhir ke awwal
Di Window of the world





the leaning tower of pisa...




my roomate di kananku




ini bilik ku di Guangzhao
makan pagi di Gungzhao, apa yang boleh dimakan melainkan telur rebus dan coffee
Cruise di Guangzhao


Maqam Saad ab waqas

hari kedua -
hari pertama - makan malam

Alhamdulillah selamat sampai di tanah airku, malam tadi jam 8.30 malam, selepas solat dan bertukar2 pelukan kami bersurai.


pengalaman disana memang tidak boleh dilupakan. pengalaman seronok, pengalam cemas dan pengelaman nak marah pun ada.

Shopping memang menyeronokkan kepada sesiapa yang suka, tetapi kerana aku sangat memilih dan bujet terhad, pada hari pertama dan kedua shopping aku tidak dapat membeli apa-apa yang rasa munasabah (pada fikiran sendiriku)

kembali ke tanah air, aku membawa secebis luka di dahi ku, itulah pengalaman yang paling mahal dalam perjalanan ini.

dalam kekalutan untuk memunggah barang, dan keghairahan untuk balik kampung, aku terlanggar penutup pintu bagasi bas. adusss.... yang pertama aku cek ialah cermin mataku, kalau pacah lens bahaya nak berjalan jauh, kena meraba-raba..... spek ku ok... allright tak pe sakit sikit ke...

Hei kak mi.... berdarahlah.. dan sahabat2 yang berhampiran bergegas datang, memang banyak darah, memang bertanggungjawab mereka semua, dari travel agency, ketua rombongan, tour guide; semuanya panik. memang banyak darah pun kerana luka didahi dan aku memang mengambil cardiprin, ubat mencairkan darah....

selepas kejadian itu, semua luggageku diurus sepenuhnya oleh sahabat2ku.... saya relaks je.
dalam penerbangan Air Asia, pelayan kapalterbang menukar dressingku dan dia menaihatiku untuk ke doktor untuk pemeriksaan lanjut kerana katanya lukanya sikit tapi dalam.

alhamdulillah lukaku semakin surut. dan nikmatilah gambar-gambar yang telah diterakan ini.







Monday, April 20, 2009

MENUNGGU ESOK

Baru sahaja balik dari fisioterapi, dan dalam proses untuk berkemas pakaian untuk ke CHINA.



Yes finally....I'm going to Guangzhao tomorrow. basic preparation dah siap, my medication yang utama sekali, pengsan tengah jalan nanti menyusahkan orang lain sahaja.... cadangnya nak ke KB mall nak beli lip moisturiser di bodyshop dan beberapa paket chocolate bar dan kekacang, sajalah kenegera yang majoriti bulan ISLAM, nak jaga juga sebaik mungkin perkara-perkara yang masuk dalam perut. Main meals memang sudah diatur, tetapi disebabkan kita suka makan diluar mealtime ini yang usaha juga nak membawa bekalan.



Cadang tu nak bawa juga peanut butter, itu sahaja. ini bukan tidak boleh terima makanan sana, tetapi takut kot-kot susah nak cari snek halal. ini pun nak bawa beg kecil sahaja, nak beli beg baru, kopak pula nanti RM200/300, baik buat shopping disana, ataupun bawa extra beg, nanti bayar sahaja RM10 untuk extra baggage.



ini adalah itinery



  • ITENARI PROGRAM LAWATAN KOWANIS KELANTAN KE
    GUANGZHOU & SHENZEN, CHINA


    HARI PERTAMA, 21 APR 2009 ( SELASA)
  • bertolak dengan pesawat KBR/KUL: 0850/0945
  • KUL/CAN: 1610/2005 Malam
  • bermalam di Hotel Ka Ying

  • HARI KEDUA, 22 APR 2009 (RABU)
  • lawatan ke makam Saad bin Abi Waqas
  • pertemuan dengan Canton Muslim Association/ solat masjid Guang ta
  • makan tengahari
  • membeli belah di Shangxidajiu shopping street & Beijing Street
  • makan malam
  • bermalam di Guangzhao


  • HARI KETIGA, 23APR 2009 ( KHAMIS )
  • sarapan seawal pagi
  • bertolak ke shenzen (3jam perjalanan)
  • singgah di NIKE factory outlet
  • lawatan ke tea house herbs & jade factory
  • makan tengahari dan solat
  • membeli belah di Dongman Pedestrian Street (Old City) keluasan 176,000sm2 meliputi 20 street - world largest shopping street
  • makan malam
  • bermalam di Shenzen - Hotel Ambassador


    HARI KEEMPAT, 24April 2009 ( Jumaat)
  • lawatan ke window of the world
  • makan tengahari/solat
  • lawatan ke Luoha Mall, tempat membeli terbesar sepanjang 600m dan terdapat 1500 buah kedai
  • makan malan
  • bermalam di Shenzen

  • HARI KELIMA 25APRIL 2009 (SABTU)
  • Sarapan pagi
  • Bertolak ke airport jam 8.30 pagi
  • Berlepas pulang SZX/KUL : 1115/1500, KUL/KBR : 1930/2025

Cerita bab window of the world, splendid china ..... coming next

berjumpa lepas 25hb april insyaAllah, Tolong Doakan semoga dipermudahkan perjalanan ini dan mendapat manfaat darinya. Ameen

Sunday, April 12, 2009

KANGKONG GORENG







ini saja-saja nak hilangkan tension.

resipi kangkong goreng dituntut dari chef gerai makan di jalanan bandar Bangkok.

1-2 ikat kangkong, siang dan ambil batang muda
1 sudu besar tauchu
5 ulas bawang putih cincang
10 bili cili padi potong halus (nak pedas tambah lagi)
1 sudu makan oyster sauce
minyak untuk menggoreng
nam pla (thai fish sauce) atau ikin bilis cube/stock

letak kangkong yg sudah disiang dalam bekas.
letak semua bahan lain keatas kangkong kecuali minyak.


panaskan minyak hingga berasap
masukkan semua bahan tadi kedalam minyak dan kacau. angkat dan makan panas2 dengan nasi.
biasanya dipadankan dengan telur dadar sahaja
ini speciality Amir Izham

CINNAMON ROLL

inti kosong


inti kacang

cinnamon bantal






Ini kali ketiga kami membuat cinnamon roll, pertama kali ati buat, sampai berlebih cinnamon sugar, semalam am merengek nak makan cinnobon roll, so maknya ni bancuhkan ingredients dalam breadmachine dan lepaskan dia untuk membentuknya. Maknya pergi ke Kelas Daij

balik dari kelas Daij, terhidang sepinggan besar cinnamon roll, sedap tapi keras sikit, pagi ni tengok licin pinggan, gambar tak sempat ambil.

pagi ini bancuh lagi satu adunan, siap buat 3 jenis, cinnamon roll, sosej roll, inti kacang dan kosong. resipinya diambil dari Allrecipe:

cubalah memang marvelous..... tapi shape yang hari tak macam cinnamon roll.... dia jadi macam cinnoman bantal, tersalah position bila bake tu sepatutnya menelentang ni kita letak mengiring, tengoklah gambarnya.....

http://allrecipes.com/Recipe/Clone-of-a-Cinnabon/Detail.aspx

ini yang sudah di modified.
Clone of a Cinnabon
INGREDIENTS
1 cup milk
2 eggs, room temperature
1/3 cup margarine,
4 1/2 cups bread flour
1/2 teaspoon salt
1/2 cup white sugar
1 1/2 teaspoons instant yeast


1 cup brown sugar, packed
2 1/2 tablespoons ground cinnamon
1/3 cup butter, softened


frosting tak buat pun

DIRECTIONS
Place ingredients in the pan of the bread machine in the order recommended by the manufacturer. Select dough cycle; press Start.
After the dough has doubled in size turn it out onto a lightly floured surface, cover and let rest for 10 minutes. In a small bowl, combine brown sugar and cinnamon.
Roll dough into a 16x21 inch rectangle. Spread dough with 1/3 cup butter and sprinkle evenly with sugar/cinnamon mixture. Roll up dough and cut into 12 rolls. Place rolls in a lightly greased 9x13 inch baking pan. Cover and let rise until nearly doubled, about 30 minutes. Meanwhile, preheat oven to 200 degrees C.

bila dah naik bakar 15minit, dan bila keluar sapu butter di atas bun biar dia lembut je. itu yang kami buat.
wallahu alam

Friday, April 10, 2009

HIKMAH

Apa dia hikmah?

sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Hikmah itu barang yang hilang daripada seorang muslim, di mana sahaja beliau mendapatinya beliau adalah orang lebih berhak menerimanya"

1. kefahaman terhadap urusan ugama

2. Kemampuan mentadbir mimpi

3. pengetahun yang mendalam tentang sesuatu ilmu

tiada perancangan tertentu hari ini melain ke program usrah di Bunut Payung. Pakju menghantar SMS lagi, menghantar berita tentang Ida, yang mengikut doktor 'tunggu masa' sahaja. Teringin sangat nak balik kampung, tetapi keadaan dan kesihatan menghadkan keinginanku. kalau naik bas atau keretapi akan menyusahkan keluarga di JB, yang memang sudah kalut, kerana akan menghantar dan mengambilku di stesen keretapi. nak bawa kereta, perjalanan terlalu jauh dan dreber yang ada hanya Am yang boleh diharap tetapi sentiasa je sibuk dengan urusan2nya.

esok ada dua program berjalan serentak.... waduuuuh, kedua2nya wajib hadir, MAT dewan muslimat KB, dan kelas Daij. macam mana nak cari alasan untuk tinggalkan kelas dalam 2jam untuk menghadiri mesyuarat. tugas2 pendaftaran yang telah diamanahkan kepdaku telah ku agih2kan kepada sahabat lain. majlis bermula jam 8.30pagi tetapi ada ucapan aluan dan ucapan perasmian, yang akan makan masa 2jam, so masa itu baik dimanfaatkan untk menghadiri kelas. hanya jam 10.00pagi akan ku minta excuse sebentar untuk menghadirkan diri ke MAT. harap-harap perancanganku mengikut jadual.

Tuesday, April 7, 2009

TRIP KE SHENZEN

yeah....Dua minggu lagi kami akan ke Shenzen,China iaitu pada 21hb april selama 5D/4N, bersama ahli koperasi Islam Kelantan. rasa excited juga sebab pergi pun bersama-sama member yang sudah biasa, sama-sama tidak berduit banyak dan sama-sama tidak melaram. tapi tak taulah kalau dah pergi jauh ni lain pula ceritanya.



hari ini serah passport dan 2 keping gambar untuk urusan visa ke sana. memang tiada perancangan nak shopping sakan pun, cuma nak ambil gambar banyak-banyak, barang made in china tau-tau jelah selain jade dan chinese silk.

kot ada barang lain yang kita tak tau...... handfon/ifon/ipod dan yang sewaktu dengannya Ami kata jangan beli, nampak serupa tapi dalam tak serupa.

nanti surf di internet...... kot ada something interesting...

Monday, April 6, 2009

FOLLOW UP APPOINTMENT

semalam aku menemui Dr. Tee untuk appointment pertama selepas di warded 3 minggu lepas. selepas pemeriksaan dibuat, alhamdulillah, Dr berkata aku boleh mula melakukan kerja-kerja biasa tapi in moderation. rupanya selama dua minggu ini aku telah terlebih makan ubat (overdose), ialah.. ubat yang farmasi perdana bagi aku ambil without fail dan ubat yan di bekalkan dari HUSM pun aku telan. mana nak tau... padahal aku telah inform Dr yang aku ada mengambil ubat2an. Ini baru betul, nak cepat sembuhkan..

Aku menghadiri kelas pertama DAIJ,.... terasa terlalu penat, dan stress, ditambah dengan sedikit batuk yang menyebabkan tidur malam ku terganggu.... kelas bermula dari jam 8.30pagi terus menerus hingaa 6.30ptg, dengan 3 subjek iaitu Sistem Undang-Undang Malaysia, Undang-undang Islam di Malaysia, dan teks undang-undang 1 yang menggunakan text arab sepenuhnya dan di sampaikan oleh Dato' Aria Diraja Haji Daud

untuk celebrate kebebasanku dari pantang, petang semalam aku ke KB Mall, konon nak mencari sepasang jubah seluar ke atau sehelai jubah, tapi tidak jumpa yang berkenan. beli juga sehelai seluar untuk basahan dirumah. pergi juga seorang diri ke supermarket, tapi beli hanya barang-barang yang perlu sahaja untukku dan untuk zahid.

Hari ini aku hanya berehat sahaja...

Friday, April 3, 2009

KAKAKKU

Semalam abangku mengirim sms, kakakku berada di dalam wad hospital Johor Bharu untuk satu pembedahan kecil. pilu rasa hati, kesian dia. anaknya Ida iaitu anak saudaraku katanya genting kerana mengidap kanser payu dara, dia pulak dimasukkan ke hospital. walaupun Ida telah menjalani chemoterapi beberapa kali, namun hasilnya tetap sama.

hari ini aku menelefon abang iparku menayakan khabar. alhamdulillah kak Ani selamat dan insyaAllah akan di discaj petang ini. terdetik di hati ini, bila pula dapat aku balik ke johor untuk menziarahinya. esok kelas daij bermula dan berterusan selama setahun setiap hari sabtu, ahad pula ada appointment dengan doktor, selasa pula appointment dengan Fisio.

akan ku usahakan minggu depan 13hb april dengan menaikki keretapi terus ke johor bharu bersama zahid... insyaAllah. Yelah akulah adiknya yang masih sehat berupaya bergerak lagi, tiada anak kecil untuk diuruskan. Insyaallah.... buat masa ini hanya doa yang mampu aku kirimkan.