Friday, October 31, 2008

WARDED

for the past three days i've been warded at KBMC hospital diagnosed for unstable heart. according to the doctor who admitted me, i've 2 choices either ambil ubat yang di masukkan dengan jarum every 3 hours, for 3days atau masuk melalui drip yang tak boleh di buang selama 3 hari juga. either ways saya memang kena berumah di hospital. at first I was admitted di wad 7utara because i pergi check di klinik rawatan keluarga di HUSM, tapi memandangkan I ada hospital insurance dan ingain mengurangkan beban doktor di wad 7 utara yang sangat sibuk, I discharged myself lalu menuju ke KBMC, walaubagaimanapun terima kasih kepada semua staff HUSM yang sangat perihatin dan caring semasa saya berada di sana walau pun dalam waktu yang singkat.

inilah tanda2 umur telah meningkat, tapi macam tak percaya je. so for the next 2 weeks i'm advised to rest completely until the next appointment with my doktor.

Friday, October 24, 2008

NUTTY DELIGHT

semalam aku mengadun cookies tempahan untuk majlis hari raya di Taman guru. tempahan cookies sebanyak 500 pieces dan sekotak brownies. cookies tu acara bebas, buat asal ikut bujet, dan aku bercadang untuk membuat nutty oat delight.

jumaat 24hb okt

hari ini ada perjumpaan sebentar bersama sahabat di APIUM nilam puri, bercadang untuk merayu mengadakan kelas master Pengajian Islam semula di Nilam Puri. yang perlunya ialah seramai sekurang2nya 21 pelajar menandatangi surat rayuan tu. kalau ikut perjumpaan yang lepas2 memang dah cukup, cuma hari ni memerlukan tanda tangan dan sijil juga transkrip ijazah.

Monday, October 20, 2008

hari ini

hari ini cadangan ku ingin ke bandar kota bharu, untuk melihat perkembangan baru di bandar. ha ha, tapi tak kesampaian, siap berpakaian, masuk ofis, check email, ronda-ronda sikit di alam maya dah pun tengahari.


sempat juga download gambar-gambar ke pc untuk diupload kedalam blog ini.

esok aku ada appointment dengan fisioterapi dan selepas itu dengan pakar xyray untuk ujian densitometri peha tangan dan bahu....

p.s:

Sunday, October 19, 2008

cerita hari ini

hari jadual ku agak padat, pagi lagi telah bersiap sedia untuk menghadiri seminar pengurusan untuk hari kedua, jam 9.45pg bergegas ke unit penerangan kerajaan negeri kelantan menghantar 2 kotak brownies yang ditempah sambil menyempurnakan jemputan hari raya di situ, 15 minit kemudian bergegas balik ke dewan johor untuk meneruskan kehadiranku di seminar di situ. jam 11pg mendapat sms unruk tempahan 1 kotak brownies yang akan di ambil malam ini.
sempat juga berbual dengan Ibu... isteri kepada bapak penyampai kertas kerja.
ingat tadi nak ambil juga gmbar bersama peserta2 lain, tali ralit berbual hingga semuanya balik.
seminar selesai jam 4.30ptg, terus balik kerumah rehat sebentar lalu solat dan terus menggodak telur untuk tempahan brownies. alhamdulillah 10 minit sebelum maghrib siap semuanya peralatan dibasuh.
selesai sahaja mandi blackout.... so solat dalam gelap, dok imagine kalau orang buta macam nilah keadaan mereka....
inilah hari ku... wah...

Saturday, October 18, 2008

tempahan brownies






petang tadi aku sempat mengadun dua loyang brownies untuk tempahan yang akan di hantar esok.
semalam aku membakar 6 loyang brownies - 3 1/2 kotak tempahan dari Zahid untuk majlis akhir tahunnya, dan 2 1/2 kotak tempahan dari seorang sahabat juga untuk majlis perpisahan disekolahnya.

alhamdulillah business brownies ini berterusan selepas hari raya.
ini ada beberapa gambar brownies


untuk makluman sekotak brownies ( 100biji) harganya RM40.00
atas permintaan 1kotak 100biji boleh di bahagi kepada 2 atau tiga kotak kecil dengan sedikit kos tamabahan. atau jika tempahan banyak boleh di bahagi kepada 4 kotak kecil


seminar kebangsaan pengurusan masjid

hari ini sabtu 18hb. Oktober 2008, aku menghadiri seminar pengurusan masjid. walhal aku jarang-jarang berjamaah di masjid melainkan untuk solat eid al fitr dan eid al adha atau melainkan ada majlis ilmu yang ingin aku hadiri atau yang aku patut hadir.

di sini ada satu kemusykilan: solat seorang muslimah adalah lebih baik di rumah dari di masjid - hadis Rasulullah saw

aurat wanita adalah seluruh anggota melainkan muka dan dua tapak tangan, dan menutup aurat adalah wajib.
seorang muslimah yang berjamaah masjid pergi tanpa menutup aurat (tak pakai setokin kaki, selak kain nampak betis) macam mana cara untuk mengatasi masalah ini?


majlis bermula jam 8.30pagi selama 2 hari hingga esok. majlis perasmian petang terpaksa ditinggalkan kerana ada temujanji yang tidak dapat dikanselkan kerana terlupa.
insyaAllah esok aku akan sambung slot pertama, dan slot kedua juga terpaksa ditinggalkan juga, dan sambung pada slot ketiga hingga akhir.
diharap agar aku tidak lupa membawa kamera untuk mengambil beberapa shots

Thursday, October 16, 2008

di mana?

Half of the papaya I bought at tesco habis ku telan, entah apa nasib badan ha ha.

Wednesday, October 15, 2008

selepas hari raya

semalam ke HUSM untuk menjalani fisioterapi OA ditanganku. memang tidak boleh lari, setiap kali menjalani fisioterapi aku akan merasa terlalu letih, dan demam. pakar fisio tidak percaya bila diceritan kepadanya.
semalam aku hanya tidur bangun sahaja dan hari ini masih lagi terasa keletihan nya.

di kuala lumpur

last weekend i was in KL to celebrate my eid alfitri and my niece's engagement ceremony. i just finished my 6 days sunat syawal fasting and at the same time dapat jumpa my 2 brothers and all my nieces and nephews together with their children and grandchildren. Too bad my three elder sisters, kak non, kak ani dan kak jah ere not with us, kalau tak lagi gempak hehe
There were soto, nasi tomato, lemang. ketupat spaghetti carbonara(betul tak spelling} kek lapis, kek coklat
rasanya hari ni lah yang paling enjoy, seronok jumpa sanak saudara. ada juga amik gambar. akan upload nanti

at the same my niece sempat menurunkan lagi satu recipe air hijau ala-ala slurppy di 7 -11, very simple, but sedap. at first tengok boring jugak air warna hijau, macam biasa air yang dihidangkan di program parti. tapi bila rasa wow sedap macam ada air carbonated sikit2.

Thursday, October 9, 2008

esok

petang esok aku akan bertolak ke KL, jam 6.30 dengan keretapi dan dijangka sampai jam 7.30 pagi lusa, untuk meraian hari pertunangan Tini disamping sambutan Hari terbuka.

rasa letihhh plak... sambung esok...

selepas 2 bulan





hari ini khamis 9hb. Oktober 2008, lebih dua bulan after the last entry, aduhhh sibuk giler. Di bulan Ramadan ingat nak update sikit blog ni, tapi tak kesampaian, sibuk dengan program Ramadan ditambah dengan business yang tidak diduga, at last hari ni baru lega sikit dapat mengawal keadaan.

alhamdulillah hari telah 5 hari berpuasa sunat syawal dan esok insyaAllah hari keenam. Menu buka puasa hari ini, 3 biji kurma madinah (pemberian sahabat yang baru pulang dari Umrah), 2 potong betik hongkong, segelas G-cafe.... maybe nanti nak tidur segelas oren juice.


sahur pulak semangkuk oats bersama honey dan susu, gcafe maybe tambah dengan sebiji telur bulls eye( kalau sempat dan masih lapar). inilah juga menu sahur dan iftarku untuk lima hari yang lepas.

hari ini juga agak sibuk, tadi jam 9.00pg ke sambutan hari raya di stadium hantar 5 kotak kek marble, jam 11.00 terus ke sekolah memengah keb. agama Wataniah Machang, majlis solat hajat dan bacaan Yasin untuk pelajar PMR,SPM dan STPM, lepas tu ziarah sahabat di ketereh yang uzur kerana masalah jantung.

hari ini juga dapat keputusan peperiksaan percubaan SPM zahid. alhamdulillah 11A = 5A1 dan 6A2. Harap2 keputusan peperiksaan SPM sebenar setanding atau lebih baik dari keputusan ini Ameen....