Sunday, March 8, 2009

GAMBAR DI AFAMOSA MELAKA



SUJUD TILAWAH

dua hari lepas aku telah menziarah Mek sahabatku yang terlantar tidak sedarkan diri untuk selama satu minggu. tidak makan dan tidak minum. pernafasannya terlalu laju. menurut doktor, ada darah beku di otaknya dan cara untuk membuang darah beku ialah dengan membuat bedahan dan risikonya terlalu tinggi. Anak-anaknya sudah sepakat untuk membawanya pulang kerumah, kerana sebelum ini pun beliau telah beberapa kali diserang stroke.

untuk meredakan sakitnya aku bercadang untuk membaca surah Yasin, tetapi sahabatku menganjurkan membaca surah arRa'du. Di dalam surah ini ada ayat sajadah. aku serba salah, nak sujud atau tidak. macam-macam terlintas di benakku, nanti sujud kata macam menunjuk-nunjuk, kalau tak sujud biasa nya aku memang sujud kalau membaca mana-mana ayat sajadah...????

aku pun sujud,...
.... cuma masalahnya kekadang dirumah aku membaca Al-Quran tidak menutup aurat sepenuhnya, maklumlah baca di dalam bilik,

dengan petikan dari internet yang aku jumpa hari ini maka terjawablah persoalanku.....

State Mufti Office - Brunei Darassalam

Sujud tilawah adalah sunat menurut pendapat jumhur ulama. Manakala Imam Abu Hanifah berkata bahawa sujud tilawah itu wajib sama ada ke atas pendengar atau pembaca.

Hukum sunat ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Syaikhain (Al-Bukhari dan Muslim) daripada Ibnu Umar katanya yang bermaksud :

"Bahawasanya Rasulullah saw telah membaca al-Qur’an, lalu Baginda membaca satu surah yang di dalamnya ada ayat ‘sajdah’, maka Baginda pun bersujud lalu kami pun sujud bersama-sama Baginda sehingga sesetengah daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahinya”.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A tentang fadhilat melakukan sujud tilawah, Baginda bersabda yang bermaksud :

“Apabila anak Adam itu membaca ayat al-Quran yang menuntut untuk sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata:” “Celakalah! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud ia pun sujud, maka baginya balasan syurga, dan aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka.SYARAT-SYARAT SUJUD TILAWAH
Di dalam kitab Al-Majmuk menurut Ashhab Syafi‘ieyah bahawa hukum sujud tilawah itu sama seperti hukum sembahyang sunat dari segi syarat-syarat sahnya sujud itu, syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

(i) Bersih daripada hadas kecil atau besar dan juga bersih daripada najis sama ada pada tubuh badan, pakaian dan juga tempat.

(ii) Orang yang hendak melakukan sujud tilawah itu juga di kehendaki dalam keadaan menutup aurat.

(iii) Untuk melakukannya hendaklah menghadap kiblat.

(iv) Hendaklah masuk waktunya ketika melakukan sujud itu. Adapun masuknya waktu sujud itu ialah sejurus sahaja ia selesai mambaca atau mendengar keseluruhan ayat sajdah. Jika sekiranya ia bersujud sebelum lagi habis ayat itu di bacanya atau didengarnya maka sujud tilawah itu tidak sah dan tidak memadai.

wallahu alam

ROTI MANIS




Pagi ni terasa puas dengan asyik makan roti dengan peanut butter, maka saya pun menimbang tepung roti, shortening, tepung susu dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat roti manis dan yang seangkatannya. semuany disumbat ke dalam bread maker dan biarkan bread maker yang menguli.

selepas satu setengah jam, siap menguli lalu ditimbang anggaran 30gm, dapat dalam anggaran 30 ketul. 15 ketul aku sumbat dengan mini sausage dan yang selebihnya diisi dengan cut butter dan selebihnya aku pintal kosong sahaja. walla sedap, tapi terhangus sikit, buku kata bake dalam 200oC dalam 20 minit, tapi ku pasang oven 230 dan tak sampai 15 minit dan merah.


Resipinya:
400gm tp roti
100gm tp high ratio
6gm yeast segera
70gm gula
100gm shortening
1 biji telur AA
20gm susu tepung
250ml air
1/4 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softner

rasanya petang ini nak buat lagi satu adunan, sebab yang tadi dah habis

Wednesday, March 4, 2009

TAJUK DAN PROPOSAL

akhirnya tajuk yang dicari-cari dan wahyu yang ditunggu-tunggu terserlahlah hari ini. tajuk yang ku kupas untuk dissertasi MA adalah:
AMALAN DI BULAN RAMADAN -PENGHAYATAN DI KALANGAN WANITA BEKERJA DI SEKTOR SWASTA DIKOA BHARU.

tetapi difikir semula kenapa tak tulis SELEPAS KEMATIAN - KEWAJIPAN VS AMALAN TRADISI, SATU KAJIAN DI RANTAU PANJANG, KELANTAN.

Akan ku

Tuesday, March 3, 2009

HUJAN

telah beberapa hari Kota Bharu dilanda hujan. Alhamdulillah aku memang suka hujan, dengan cuacanya yang nyaman, sejuk dan redup. minta maaflah kepada peniaga air dan airbatu, penoreh getah dan sesiapa yang bergantung kepada matahari untuk mencari rezeki. aku bukan hendak hujan setiap hari, cuma aku suka kepada hari2 yang berhujan.

tetapi dalam keseronokan hujan ini ada juga set backnya. rumahku bocor bila hujan terlalu lebat. atap tidak dapat menampung kelebatan hujan itu. air menitik keatas katil tidurku, ruang tamu dan ruang makan. waah. yang paling bengangnya atas katilku kena tadah dengan 3besen sebab ada 3 tempat air menitik, kalau tak habis basah tilam empukku disamping itu tiada ruang untuk menghamparkan diriku ....

malam tadi terpaksa pindah tempat tidur, pindah dari comfort zone ku, my sanctury.... dalam otak ni macam macam terlintas, if.if., flashback, foward and fast foward... dan syaitan paling laju menggodaku, akhirnya aku kalah.... air mata yang menitik... aku anggap ini ujian ketahanan mentalku, sedikit ujian dari Allah..

insyaAllah... banyak lagi boleh diperbaiki

Ya Allah bantulah aku menjadi hambamu yang bertaubat sentiasa beristighfar

Monday, March 2, 2009

AL-TA'IBUN

Itu lah tajuk usrah kita hari ini. Bermula dengan surah Ali-Imran ayat 133 yang bermaksud: "Dan berlumba-lumbalah kmu kepada keampunan dari Tuhan kamu dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertaqwa".

kecenderungan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah memohon keampunan daripadaNya adalah sifat utama orang-orang yang beriman.

Nabi Muhammad saw, manusia yang ma'sum, terpelihara dari dosa kekejian, namun begitu BAGINDA sentiasa memohon keampunan dari Allah. dari beberapa hadis Baginda memohon keampunan danbertaubat kepadaNya 100 kali dalam sehari. dan di hadis lain 70 kali.

kesimpulannya: Rasulullah saw yang ma'sum bertaubat banyak kali dalam sehari, apatah lagi kita yang tergolong dalam amal ma'siat dalam sedar atau tidak sedar hendaklah sentiasa bertaubat dan beristighfar.

kita hendaklah lebih berhati-hati terhadap maksiat apa saja bentuknya daripada musuh-musuh kita. Dosa-dosa yang dilakukan oleh kita lebih wajar ditakuti daripada musuh kita.

untuk mewujudkan sifat taibun, kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri, menghitung diri sebelum kita dihitung, menimbang amalan kita sebelum ianya ditimbang dan bersedialah menghadapi hari kiamat.
(dipetik dari buku Bahtera Penyelamat oleh Fathi Yakan)

wallahu a'alam

APA APA JE

hari ini aku nak mengarut sikit, ha ha... petaang ni ku update panjang lebar sikit. nak gi usrah di KOTA bHARU

semua makanan adalah halal melainkan yang telah jelas dalam alquran dan hadis
rasulullah saw.
tahukah anda bahawa bangkai itu najis. apakah bangkai semut juga najis?