Sunday, July 20, 2008

Alumni UM/Kdh/....







malam ini kami meraikan majlis kesyukuran pengiktirafan sijil Ijazah kami. aku mengambil peluang memperomosikan brownies, dan kali ini aku mempekkan 8 biji 1x1' dalam bekas pelastik dan dihiasi dengan rosette kecil. baru sahaja selesai mempek 60 bekas dan sedia diwa sebentar lagi.

seronok juga berjumpa semula sahabat-sahabat yang sama-sama menuntut ilmu dalam usia matang, juga bertemu dengan pensyarah-pensyarah yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kami, insyaAllah kami tidak akan melupakan jasa-jasamu.

gambar diatas adalah beberapa gambal yang diambil pada malam itu

Monday, July 14, 2008

brownies



Aku baru saja selesai menyiapkan satu dulang brownies yang ditempah oleh seorang pelanggan tetap. business brownies ku buat masa kini Alhamdulillah sentiasa ada tempahan. Tempahan semalam tiga dulang di pek satu dulang bagi tiga dan dua dulang bagi dua. Untuk hari ini pelanggan meminta dipek dalam satu kotak sahaja.

anak dara

Anak daraku telah selamat sampai di Sydney untuk meneruskan cita-citanya. dia menyambungkan pelajaran dalam bidang pengurusan alam sekitar untuk ijazah master selama satu tahun setengah. InsyaAllah kembali ke Malaysia awal tahun 2010.

kini aku keseorangan di rumah, sungguh keseorangan kerana sebelum ini sekurang-kurangnya Ati ada menemaniku samada berbual, menonton tv atau masing-masing membawa hal, tapi dia tetap ada di sisiku.

hasratku untuk menuntut ilmu di Madinah International University dalam bidang Science Al-Quran terpaksa dibatalkan, kerana rayuan biasiswa ditolak kerana telah pun mempunyai degree dalam bidang Syariah, hanya di tawarkan 50% fee waiver untuk tuition fee. nak kira memang tak mahal, tetapi biarlah dulu kerana selama ini rasa letih membayar yuran pengajian tiap-tiap semester selama lebih 10 tahun. insyaAllah ada jalan lain untukku meneruskan pembelajaranku.

Sunday, June 29, 2008

CORNFLAKE COOKIES dan ALMOND SLICES

hari ini aku menyibukkan diriku mencuba dua jenis cookies, iaitu biskut cornflake dan almond slices, tapi tak berapa puas hati dengan hasilnya. biskut cornflake terlalu manis dengan citarasaku dan almond slices pula rasa macam biasa2 saja. boleh jadi cookies to baru je keluar dari oven, dan esok mungkin rasanya lebih baik dari hari ini, harap-harapkan. esok aku akan mencuba resipi almond bar, resipi tahun lepas lagi pemberian anak saudaraku.

MAPT TEST

Alhamdulillah aku telah lepas hurdle pertama dan lulus ujian MAPT, dan menunggu arahan seterusnya. aku hanya berdoa meminta agar diberi yang terbaik dan termampu untukku.

Tuesday, June 10, 2008

kek butter perisa pandan

malam ni terasa macam nak makan kek butter yang lemak berkrim..... tetapi sekarang dah hampir pukul 10.30malam. sedapnya....

ujian MAPT

ujian MAPT ku pada 14hb. Jun 2008, jam 9.00pagi. sekarang ni baru nak buka nahu, katanya ada i'rab, sarf, nahu dan semuanya online. pembelajaran bahasa Arab dah lama tinggal. macam mana ni??? niat memang nak sambung belajar bukan kerana ijazah yang di tawarkan, tapi memang hendak berada sentiasa dalam keadaan menuntut ilmu, apatah lagi sebahagian pembelajaran dalam bahasa arab, tempat perjumpaan dekat dengan kediaman dan ditaja sepenuhnya. semuanya kebetulan belaka dan kalau tidak diambil peluang ini, bila lagi? ialah bak orang kata, masa yang sesuai, tempat yang sesuai dan dalam keadaan yang sesuai.

baiklah setakat ini sahaja, nak mencari buku nahu yang lama-lama, insyaAllah lulus ujian MAPT nanti untuk meneruskan perjuangan ku untuk menegakkan syiar Islam.