Anak daraku telah selamat sampai di Sydney untuk meneruskan cita-citanya. dia menyambungkan pelajaran dalam bidang pengurusan alam sekitar untuk ijazah master selama satu tahun setengah. InsyaAllah kembali ke Malaysia awal tahun 2010.
kini aku keseorangan di rumah, sungguh keseorangan kerana sebelum ini sekurang-kurangnya Ati ada menemaniku samada berbual, menonton tv atau masing-masing membawa hal, tapi dia tetap ada di sisiku.
hasratku untuk menuntut ilmu di Madinah International University dalam bidang Science Al-Quran terpaksa dibatalkan, kerana rayuan biasiswa ditolak kerana telah pun mempunyai degree dalam bidang Syariah, hanya di tawarkan 50% fee waiver untuk tuition fee. nak kira memang tak mahal, tetapi biarlah dulu kerana selama ini rasa letih membayar yuran pengajian tiap-tiap semester selama lebih 10 tahun. insyaAllah ada jalan lain untukku meneruskan pembelajaranku.
No comments:
Post a Comment