Sunday, July 27, 2008

ijazah master

tiga hari lepas ku meronda2 di KB Mall untuk melepaskan jiwa yang memberontak kerana telah beberapa hari terperuk dirumah disebebkan bisul. saya terserempak dengan Ustaz yang telah membimbing Bahasa Arab saya dari zero hingga ketahap sekarang, dan dia bertanya tentang progress penulisan saya untuk master degree.

masalah saya sekarang bukan tak nak menulis tapi belum jumpa lagi tajuk yang mencabar (alasan je). Tajuk untuk degree baru ni pun ikut tangkap muat kerana pembimbing bagi masa 4 jam untuk memikirkannya. jadi untuk penulisan ijazah master ini harap2 dapat menulis satu tajuk yang akan memberi manfaat kepada masyarakat dan ia tertumpu lebih kepada isu semasa dan dapat menyelsaikan masalah terkini. beberapa sahabat lain ada yang telah mencapai ke Bab III.

ustaz mencadangkan agar aku menulis dibawah tajuk : PENGAGIHAN HARTA PUSAKA MENGIKUT KAEDAH E-PUSAKA. macam mana agak-agak mampu buat????

No comments: