ujian MAPT ku pada 14hb. Jun 2008, jam 9.00pagi. sekarang ni baru nak buka nahu, katanya ada i'rab, sarf, nahu dan semuanya online. pembelajaran bahasa Arab dah lama tinggal. macam mana ni??? niat memang nak sambung belajar bukan kerana ijazah yang di tawarkan, tapi memang hendak berada sentiasa dalam keadaan menuntut ilmu, apatah lagi sebahagian pembelajaran dalam bahasa arab, tempat perjumpaan dekat dengan kediaman dan ditaja sepenuhnya. semuanya kebetulan belaka dan kalau tidak diambil peluang ini, bila lagi? ialah bak orang kata, masa yang sesuai, tempat yang sesuai dan dalam keadaan yang sesuai.
baiklah setakat ini sahaja, nak mencari buku nahu yang lama-lama, insyaAllah lulus ujian MAPT nanti untuk meneruskan perjuangan ku untuk menegakkan syiar Islam.
No comments:
Post a Comment