Wednesday, November 9, 2011

EIDUL ADHA 2011

Assalamualaikum,

empat hari sebelum cuti hari raya eidul adha adalah hari yang sangat hectic dengan tempahan chocolate chips cookies dan brownies yang tidak diduga. Alhamdulillah sebanyak 21 kotak besar dan 13 kotak sederhana dapat diselesaikan sehingga ke pagi raya.

Juadah pagi raya Zahid ambil alih, dengan nasi goreng specialnya bersama denga english breakfast tea, menu luar biasa daripada biasa. juadah yang biasa memang sudah siap disediakan seminggu sebelumnya iaitu rendang daging minang dan ketupat daun palas yang telah ditempah lebih awal lagi. sambil itu menyiapkan tempahan last minute brownies dari regular customer yang tidak sampai hati untuk ditolak. tidak perlu pikir fasal lunch sebab nak balik raya ke jerteh.

hari tasyrik pertama bersarapan dengan roti bakar dan 2 ketul sop cenonek pemberian dari Mek,. wow best.... ini first time masak sop tulang leher lembu. Thank U Mek.... nak cari rempah sop thailand tak sempat sebab sampai rumah dah lewat, berkejar untuk solat asar. dan dinner dihasilkan oleh 3 orang bujang di rumah. am goreng dua jenis 1. sayur sawi jepun bersama stok udang dan 2. kobis dengan daun kari, ayen goreng ikan tenggiri dan Zahid masak nasi last kopek beras ponni.

hari selasa semua beransur bertugas, ada yang bertolak awal pagi sampai pagi, bertolak tengahari...... dan bertolak petang sampai tengah malam. dan Zahid telah pun dah menempah tiket tengah hari esok untuk ke Kuantan.

so balik seperti sediakala, sekarang nak masak nasi lemak, alltime family favourite


dan roadtax an insurance viva expired semalam.... tak boleh nak gi mana2... kan kita ni law abiding citizen....huhu...

No comments: