Hujan telah melanda kota bharu semenjak hari isnin yang lepas dengan lebatnya berhenti sebentar-sebentar je, sampai ada patient terapi di HUSM di sana berkata bukan macam air hujan tetapi macam air turun dari "curung atap".... begitu lebatnya.
salah satu bilik pun banjir juga, sampai habis buku-buku yang susun di lantai basah lenjun, dan mana2 baju yang berada di atas lantai pun menitik2 air bila diangkat,,, nampaknya kena buang pulak semua. tilam jangan katalah, even didirikan pun basah juga. adusss... Air tu banyak lagi, tapi tak nampak sebab dia masuk bawah tikar getah ada sampai 2 inci agaknya. lepas tu bila dah banyak sangat air, dia meresap dan menitik ke tingkat bawah, ke atas kabinet dan ke lantai.
biarkan dulu... tunggu habis musim hujan
daripada hari isnin hingga ke Khamis, memang tak boleh buat banyak kerja kat luar. kereta pula banyak, ialah sesiapa yang biasa keluar dengan motorsikal untuk cepat ke pejabat, kini terpaksa bawa kereta kalau tak mahu basah kuyup.
dalam masa tu sempat juga buat application online untuk master syariah. semua urusan online, kena scan semua sijil, bank slip, gambar dan IC, pas tu upload pulak. Alamak tak ada akaun CIMB, kena pulak pergi ke bank bayar di kaunter. so kebetulan sahabat seorang kurang mahir Computer, so dia bertugas ke bank untuk bayar processing fee, dan urusan berkenaan computer kita urus. so Alhamdulillah semua dah siap tinggal tunggu result dalam masa 2 bulan dari tarikh "press confirm". letih juga ye, makan 2 hari waktu santai nak proses 2 application. mana taknya sambil scan sambil berborak/merancang, sambil upload sambil makan2 sebab lama tak jumpa.
selain dari itu habis baca dua biji novel, membaca dengan duduk, berbaring, meniarap dan segala posisi yang tidak melenguhkan,,, dan hibernate di bilik je melayan The Thorn Birds drama bersiri Korea, habis juga 20 episode,fuuh... nak tengok TV pun, cuaca tak menentu, so astro pun tak menentu juga.
No comments:
Post a Comment