Rendang dan ketupat telah lama langsai hanya tinggal serdak2 biskut sahaja. kek lapis ada lagi sebiji 8x8 siap untuk dipotong bila tamat puasa enam nanti.... bila ye?
Ramadan telah pun berakhir diikuti dengan syawal yang masuk separuh bulan.... Adakah anda semua sudah bermula berpuasa 6 Syawal???? sesiapa yang belum bolehlah beransur-ansur slowdown dengan sambutan rumah terbuka, ofis gathering dan jemputan kenduri kahwin. sangat rugi kalau terlepas peluang ini. buatlah semampunya, samada berterusan straight 6 hari, atau puasa sehari buka sehari atau minggu ni 3 hari minggu depan 3 hari, asalkan boleh dapat 6 hari, sebabnya hanya ada 15hari sahaja lagi di bulan syawal ini.
marilah sama2 kita berpuasa 6hari di bulan syawal...... untuk mendapat ganjaran puasa setahun.
Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)
di hadis yang lain pula:
Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”
wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment