Thursday, September 29, 2011

TRIP TO HAT YAI







puasa sebulan telah selesai, syawal pun sudah di penghujung.

Kali ni nak tayang gambar semasa lawatan muslimat ke Hatyai. Muslimat ni lepas raya bukan habis duit, tetapi banyak lagi duit untuk menshopping di Robinson Hatyai, Central Plaza dan di serata tempat di mana van berhenti. Ada sahaja yang dibeli dan ada sahaja alasan untuk membeli.
memang bulan syawal duit banyak masuk, dari anak2, dari business kecil2an bulan puasa dan syawal dan yang bekerja kerajaan yang telah pencen setengah bulan bonus. Alhamdulillah.....



BLUEBERRY MUFFIN



assalamualaikum,

hari ini merajinkan diri membaking muffin dari quick mix yang telah dibeli beberapa bulan yang lepas. biasanya memang kurang minat produk quick mix ni sebab terlalu kuat rasa soda atau ovalette, tetapi yang ini sedap, lembut dan macam ada pisang sikit, entahlah kot kita pun kurang mahir bab-bab flavours ni.

ini resipinya yang telah diubah sikit dari pek yang dibeli:

500gm blueberry muffin mixture
3 biji telur A]
air kosong ] jumlah keduanya = 287gm
70 gm butter] dicairkan dan sejukkan
70gm minyak jagung

pukul telur, air dan muffin mixture selama 6 minit, dua minit pertama slow speed dan 4 minit kedua lajukan. masukkan campuran minyak dan mentega dan pulul lagi hingga bersatu.

sudukan kedalam muffin cup 1/2 penuh dan bakar dalam ketuhar 200C selama 13minit atau mengikut kesesuian ketuhar masing2.




Tuesday, September 13, 2011

TNB OVERLOADING

2 hari lepas hari ahad, waktu tengahari kami mengalami power failure. ingatkan biasa-biasa sahaja, tiada gangguan, hanya masalah sedikit.

selepas power kembali pulih, mulalah nak sambung kerja dengan internet. check wifi dan modem internet tidak menyala. ogeh2 juga tidak jadi, biar dulu boleh jadi fuse terbakar. ke dapur nak buat kopi, panaskan air secawan ke dalam microwave oven, eh tidak menyala juga. tak perasan juga.

waktu maghrib, nak mandi eh waterheater air tak laju, pump tidak berfungsi, cek lagi tidak ada power juga.

internet tak de, so lepas isyak melepak depan tv, alamak astro juga tak ada power.

baru teringat ada kakitangan TNB bagitau 3 minggu lepas kes overload power di rumah jiran, habis rosak tv dan fridge dia.

bila cek semua barang yang rosak:
  1. microwave oven
  2. fax & printer machine
  3. wifi & internet modem
  4. charger computer
  5. astro decoder
  6. water heater
ini belum habis cek lagi, tetapi h
computer charger dan moden, Azmi tolong uruskan, sudah beres kena RM208.00

hantar microwave oven ke SENG Q, teringat dulu ada ambil extended warranty, cek warranty baru je habis 7/9/11, beli dalam tahun 2007, alamak missed beberapa hari sahaja.

sekarang tengah letih memikirkan sendirian, dengan bajet yang sangat limited ni macam mana nak pulihkan barang keperluan ini...

siapa ingin membantu....

SALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum,

Rendang dan ketupat telah lama langsai hanya tinggal serdak2 biskut sahaja. kek lapis ada lagi sebiji 8x8 siap untuk dipotong bila tamat puasa enam nanti.... bila ye?

Ramadan telah pun berakhir diikuti dengan syawal yang masuk separuh bulan.... Adakah anda semua sudah bermula berpuasa 6 Syawal???? sesiapa yang belum bolehlah beransur-ansur slowdown dengan sambutan rumah terbuka, ofis gathering dan jemputan kenduri kahwin. sangat rugi kalau terlepas peluang ini. buatlah semampunya, samada berterusan straight 6 hari, atau puasa sehari buka sehari atau minggu ni 3 hari minggu depan 3 hari, asalkan boleh dapat 6 hari, sebabnya hanya ada 15hari sahaja lagi di bulan syawal ini.

marilah sama2 kita berpuasa 6hari di bulan syawal...... untuk mendapat ganjaran puasa setahun.

Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.” (HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

di hadis yang lain pula:

Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”


wallahu 'alam