Thursday, April 7, 2011

REMPEYEK REBORN

haha......

timbul semula "THE MAKING OF REMPEYEK"


resipi diambil empat tahun lepas dari bibik di kampung, memang sedap, wangi ada rasa ketumbar, daun limau purut, ikan bilis.... memang gandingan mereka, dan yang pentingnya HOMEMADE


alasan malas, sambung belajar, dah habis belajar, usia matang - dan berbagai alasan yang diberi melewatkan terhasilnya rempeyek ini.


baru semalam siap adunan 500gm tepung beras....


oleh kerana gap pembikinan rempeyek yang terlalu lama - tarikh terakhir rasanya 20tahun lepas, sebelum lahirnya Zahid dan kelmarin, ia memakan masa lebih dua jam untuk 1 adunan, tetapi rasanya tetap maintain , cuma adalah dua tiga batch yang terpaksa dicurah ke dalam tong sampah disebabkan teknikal error.


aduh malam tu rasa terlalu letih, kerana terpaksa berdiri terus menerus selama 2 jam. kena modify sikit gerak kerja, samada angkat dapur letak di lantai, atau beli dapur lain. pembuatannya tidak rumit mana......


bila dikira-kira boleh jual 5(lima) keping RM2.00, baru boleh berniaga, kalau jual less dari harga itu, cuma tolong buatkan saja....


tempahan diterima.... saiz lebihkurang seperti di atas

No comments: