anak pokok lada yang disiram dengan air biasa, terlalu halus, merajuk agaknya
perbandingan apabila kedua-dua pasu didekatkan
Ini adalah kebetulan sahaja, memang tiada niat untuk menguji kelebihan air zam zam yang memang telah pun diriwayatkan khasiat dan kelebihannya dalam hadis Rasulullah saw.
ceritanya:
pagi tu tanpa memeriksa cawan yang ada terus menuang air zam zam, lepas tu baru terlihat ada semut mati di dalamnya, aisey ruginya secawan air zam zam....
lalu dicurah ke dalam salah satu pasu yang baru disemai dengan benih cili api, dan seterusnya, setiap pagi selepas meminum air zam zam lalu ditinggalkan sedikit untuk disiram ke pasu tersebut, sebab baru teringat yang pokok-pokok pun punya perasaan.
hasilnya seperti di atas.
sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zam zam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit.
Dan aku telah mengamalkan meminum secawan air zam zam setiap pagi sebelum sarapan sejak kembalinya dari Makkah al mukaramah.
tetapi masalahnya: bekalan air zam zamku sudah kehabisan.......
No comments:
Post a Comment