Thursday, July 15, 2010

UJIAN

Dua kertas periksa telah pun berlalu, walau pun dalam kekalutan dan masalah keluarga. sekarang ada lagi 3 kertas dan satu assignment yang mesti disiapkan, sebelum menjelang 23hb julai di mana harap-harap semua hal-hal periksa akan selesai.

kelmarin jadual pemeriksan kesihatan untuk bakal haji di klinik bandar Kota bharu, tersangkut pulak. bila buat pemeriksaan darah, gula dalam darah melebihi paras normal iaitu 8.4mmol/l. harap-harap ini false alarm, kerana pagi semalam makan pankek dengan heavy sirap, kopi radix dan roti sapu kaya, memang semuanya manis. so dalam seminggu ini kena control gula dan buat pemeriksaan semula hari Rabu depan 21hb Julai. do'akan normal. bukan senang hendak menjadi tetamu Allah.

No comments: