hari ini dan esok kursus haji intensif dan selepas tu, nak cari bahan untuk projek cookies raya. nampaknya macam tak banyak sangat tempahan, maknanya boleh buat santai-santai sambil R&D new cookies raya untuk sendiri. sudah ada 2/3 jenis dalam senarai......
kursus haji tadi sunguh meletihkan..... agaknya kesan 3 minggu studying untuk exam.... lagipun macam dah tau semua apa yang penceramah sampaikan. esok ada ujian bertulis... apa pulak yang nak diuji!!!!
cuma ada musykil sikit, solat dimasjid nabi dapat 1000 kebajikan, itu yang penceramah sampaikan. 1000 kebajikan ini bermakna untuk solat berjemaah dan solat-solat sunat yang didirikan di masjid bersama dengan zikr dan bacaan al-quran atau untuk soalat berjemaah sahaja. siapa boleh menjawab? soalan ini juga apply untuk masjid al-haram yang mendapat 100,000 kali ganda.
No comments:
Post a Comment