(ini bukan durian dari kg mak sara jerteh.)
Ingat lagi tak durian jerteh? durian gebeng especially.....
Ujian darah dalam gula menurun sikit dari minggu lepas. Alhamdulillah scale sebelum breakfast 5.6 dan selepas meneguk satu gelas air glukos 7.6 mmol/l. ada improvement sikit, selepas berdiet mengurangkan gula dan kandungan lemak dalam makanan. sesiapa yang hendak berdiet boleh ikut cara ini, dalam tempoh 4 hari berdiet untuk ujian gula dalam darah; berat badan pun turun 1.5kg..... kononnya dulu pun memang berdiet tapi tidak pernah menjadi, agaknya salah niat.....
less sugar and less refined carbohydrate....
dalam empat hari tu makan wholewheat bread, hard boiled egg/half-boiled eggs, 1 cup 3in1 coffee tanpa tambah gula (biasanya tambah setengah tsp gula lagi) dan 1 paket Hi-goat milk pada waktu pagi atau malam. harap inilah rutin diet seharian. badan rasa ringan je
nasi memang tidak miss, tengahari makan nasi kalau kebetulan ada, kalau tidak ada roti lagi....... jangat melaparkan diri nanti gastrik.....
tapi hari ini habis rutin diet yang empat hari lepas - lepas ujian darah, roti canai 1 keping, 1 gelas teh tarik biasa(bukan kurang manis), tengahari nasi sumatra, petang 3 ulas durian jerteh dan tadi pizza. wow...... memang tak boleh tahan tadi tengok azmi membelah durian.... bestnya
esok start normal semula,,, insyaAllah.