walaupun Bangkit Cheese sudah lama meletup di alam maya, dan di merata blog2, tetapi oleh kerana kesempitan masa dan belum merasa kenikmatannya, baru tahun ini tergesa2 meng R&Dkan, membaiki sedikit sebanyak dari resipi-resipi yang digoogle dan memang jelas meletup. setiap kali mengadun untuk stock memang habis di borong pelanggan tidak kira pelanggan anak muda atau pelanggan dewasa.
walaupun nampak biasa-biasa sahaja tetapi cuba hulurkan sebutir ke dalam mulut, aduhhhh nikmatnya, bukan hanya penggemar bangkit atau penggemar cheese sahaja yang meminatinya, tetapi hampir kesemua pelanggan yang singgah ke bengkel cookies akan membawa pulang sekurang-kurangnya satu balang bangkit cheese.
Begitulah penangan bangkit cheese kali ni, sekali buat terus meletup.
Alhamdulillah rezeki dari Allah:
"Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan membukakan jalan keluar baginaya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disang-sangka."
ini tart nenas, salah satu produk cookies raya untuk jualan. last year memang meletup habis-habisan, dan dikekalkan lagi tahun ini.
dan cookies yang palis laris adalah chocolate chips cookies. laris tu bukan sahaja ramai pelanggan tetapi jumlah yang ditempah memang diluar jangkaan. ada yang menempah untuk door gift di musim kenduri kahwin dan juga door gift untuk program-program rasmi.
Alhamdulillah....


.jpg)

No comments:
Post a Comment